Jumlah Kadar Pendapatan Peratus Bonus Tabung Haji TH 2023 – 2024

Berita

Berita

Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka akan mengumumkan bonus tahunan (Hibah) atau lebih dikenali sebagai bonus tabung haji bagi kewangan berakhir 31 Disember 2023 kepada pendeposit pada minggu pertama bulan Mac 2024 atau selewat-lewatnya pada bulan April 2024. Bonus tabung haji bagi kewangan berakhir 31 Disember 2024 akan dikemaskini sebaik sahaja dimaklumkan

Kadar peratusan bonus tahunan Tabung Haji yang bakal diumumkan itu dijangka kompetitif dengan kadar pulangan akaun deposit tetap Perbankan Islam dan Konvensional

Seandainya pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 Tabung Haji mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan, selain Bonus Tahunan pendeposit turut mendapat pulangan pemberian Bonus Haji seperti tahun-tahun sebelumnya

Namun begitu sejak tahun 2018 yang lalu, tiada Hibah Haji atau bonus haji diberikan sehingga tahun 2021. Bagaimana untuk tahun ini? Sama-sama kita nantikan dan berdoa agar kadar pengagihan peratus bonus hibah tabung haji lebih baik untuk tahun mendatang.

Jumlah Pendapatan Kadar Peratus Bonus (Hibah) Tahunan Tabung Haji (TH) 2023

Berikut adalah carta senarai agihan pendapatan peratusan Bonus (Hibah) Tahunan Tabung Haji (TH) dan Bonus (Hibah) Haji bagi tahun terkini dan rekod tahun yang terdahulu.

Apa itu Bonus Tabung Haji? 

Bonus Tabung Haji atau kadar agihan keuntungan TH adalah pengagihan atau pemberian kadar keuntungan kepada pendeposit mengikut prestasi dan kemampuan kewangan TH pada tahun semasa dan tertakluk kepada pematuhan dan kehendak Akta Tabung Haji 1995

Info Bonus (Hibah) Tahunan Dan Bonus (Hibah) Haji Tahun 2023 : Tabung Haji (TH)  telah mengumumkan agihan hibah atau bonus kepada pendeposit sebanyak 3.10% peratus dan tiada tambahan hibah haji peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2023 pada hari Selasa, 2 April 2024.

Jadual Jumlah Kadar Peratus Bonus Tabung Haji (TH)

Berikut adalah % Bonus (Hibah) Pendeposit Tabung Haji Tahun 2023 -1994 :

2023

  • Hibah Tahunan : 3.10%
  • Hibah Haji : –

2022

  • Hibah Tahunan : 3.10%
  • Hibah Haji : –

2021

  • Hibah Tahunan : 3.10%
  • Hibah Haji : –

2020

  • Hibah Tahunan : 3.10%
  • Hibah Haji : –

2019

  • Hibah Tahunan : 3.05%
  • Hibah Haji : –

2018

  • Hibah Tahunan : 1.25%
  • Hibah Haji : –

2017

  • Hibah Tahunan : 4.5%
  • Hibah Haji : 1.75%

2016

  • Hibah Tahunan : 4.25%
  • Hibah Haji : 1.5%
Tahun Hibah Tahunan Hibah Haji
20155%3%
20146.25%2%
20136%2%
20126.5%1.5%
20116%1.5%
20105.5%1.5%
20095%1.5%
20085%1.5%
20075%2%
20064.75%2%
20054.5%2%
20044.3%2%
20034%2%
20023.5%2%
20013.25%2%
20005.5%2%
19998%2%
19988%2%
19979.5%2%
19969.5%2%
19959.5%2%
19949.5%2%

*Bonus haji adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa

Pemberian Bonus Haji menunjukkan keiltiziman TH dalam menjaga kebajikan para pendeposit

Perbezaan / Fahami Bonus (Hibah) Tahunan Tabung Haji Dan Bonus (Hibah) Haji

Apakah Bonus (Hibah) Tahunan TH?

  • Merupakan bonus yang diistiharkan oleh Tabung Haji (TH) mengikut prestasi Kewangan tahun semasa
  • Ianya diberi bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan di TH

Apakah Bonus (Hibah) Haji?

  • Merupakan bonus khas yang diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi meningkatkan tabungan mereka
  • Majoriti pendeposit mendapat bonus haji ini

Panduan Cari Kira Bonus (Hibah) Tabung Haji Tahun 2023

Bonus (Hibah) Tahunan TH (3.10%)

(Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan – Dis 2023) (÷) 12 bulan (×) 3.10%. Contoh pengiraan

Bonus (Hibah) Haji (?%)

Bonus Haji diberikan kepada mereka yang belum pernah menunaikan haji sahaja

1. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan kurang dari bayaran Haji (RM12,356 (B40))

(Baki purata minima bulanan (Jan – Dis 2023) (÷) 12 bulan) (×) ?%

Terhad kepada bayaran haji semasa (RM12,356 (B40))

2. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan melebihi bayaran Haji (RM12,356 (B40))

RM12,356 (×) ?%

Semakan Pengkreditan Bonus Tahunan Tabung Haji 2023

Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Bonus (Hibah) Tahunan Tabung Haji 2023 melalui kaunter Tabung Haji dan ATM bank-bank rakan strategik Tabung Haji iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic mulai pada tarikh 2 April 2024, jam 12 tengah hari hari Selasa.

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan