hit counter
weblog mysumber

borang online dan lokasi ujibakat af 2013 akademi fantasia

07:29 Redaksi Admin
Borang penyertaan online dan lokasi ujibakat AF2013 – Akademi Fantasia

Program rancangan realiti TV paling popular di Malaysia yang pernah melakar sejarah kegemilangannya yang tersendiri, Akademi Fantasia akan kembali semua menemui penonton pada tahun 2013

borang ujibakat af 2013borang online dan lokasi ujibakat af 2013 akademi fantasia

Difahamkan ia seiring dengan penjenamaan semula dan serba baru yang tidak pernah disaksikan oleh penonton pada program AF sebelum ini

AF 2013 akan memulakan penjelajahan di lima buah negeri seluruh Malaysia iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Selangor sepanjang bulan Jun ini untuk sesi uji bakat bagi mengenal pasti calon-calon terbaik yang dilihat layak untuk diketengahkan dan diberi bimbingan untuk AF 2013

Untuk yang mempunyai bakat keistimewaan yang terpendam serta mempunyai keinginan untuk mencipta nama di persada seni hiburan, anda boleh hadir di ujibakat tersebut

Lokasi Ujibakat

Negeri / Lokasi UjibakatTarikh (2013)
Johor Bahru / Hotel The Zon , JB1 & 2 Jun
Penang / Hotel Vistana8 & 9 Jun
Sarawak / Hotel Merdeka Palace , Kuching15 & 16 Jun
Sabah / Hotel Promenade , Kota Kinabalu22 & 23 Jun
Selangor / Shah Alam Convention Centre (SACC)29 & 30 JUn

INFO PENTING

Nota
Kaunter pendaftaran dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Calon digalakkan datang awal untuk mengelakkan sebarang kesesakan
Calon bebas untuk menyanyikan sebarang genre lagu secara acapella

Syarat Ujibakat
Peserta lelaki dan wanita
Peserta individu ataupun duo
Berumur 18 – 35 tahun (pada tarikh ujibakat diadakan)
Warganegara Malaysia dan Singapura termasuk artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan

Sila bawa
Salinan kad pengenalan bagi warganegara Malaysia ataupun salinan passport bagi warga Singapura
2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang)

Disamping itu, bagi yang tidak berkesempatan untuk menghadiri ujibakat menerusi lokasi yang ditetapkan, anda boleh menjalani ujibakat AF 2013 secara online

Untuk mendapatkan info tersebut antaranya, syarat-syarat dan cara penyertaan ujibakat serta borang secara online adalah dengan melayari laman web rasmi AF 2013 klik pada pautan www.akademifantasia.com.my

Dalam pada itu, calon peserta boleh mengikut perkembangan Akademi Fantasia 2013 ataupun maklumat lain yang berkaitan dengan melayari laman sosial seperti berikut

1. Facebook: www.facebook.com/AkademiFantasia2013
2. Twitter: www.twitter.com/AkademiFantasia @AkademiFantasia
3. Instagram: www.instagram.com/AkademiFantasia