hit counter
weblog mysumber

br1m 2014 cara kemaskini dan buka akaun bank

18:24 Redaksi Admin
BR1M 2014: Cara kemaskini dan buka akaun bank jika tidak mahu beratur panjang

Selain mengesa rakyat yang layak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) tahun 2014 supaya membuat permohonan bantuan itu, kerajaan turut menasihatkan pemohon supaya membuka akaun bank bagi yang tiada, agar memudahkan bantuan itu disalurkan kepada penerima

Ini kerana mulai tahun 2014, kerajaan bertindak menyalurkan duit BR1M melalui akaun bank penerima

br1m 2014 cara kemaskini dan buka akaun bank

BR1M 2014 CARA KEMASKINI DAN BUKA AKAUN BANK

Langkah ini juga bertujuan memberi kemudahan kepada penerima terutamanya golongan warga tua, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal mendapatkan BR1M tanpa perlu beratur panjang dan mengambil tempoh lama, untuk mendapatkan wang tunai

i- BR1M RM50

Selain itu, penerima layak bukan sahaja mendapat duit bantuan mengikut kriteria yang ditetapkan malah turut menerima skim perlindungan insurans takaful menerusi i-BR1M bernilai RM50 kepada isi rumah

Manfaat perlindungan insuran itu adalah maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal

Pembukaan akaun Bank

Untuk info, akaun bank penerima boleh dibuka di mana-mana institusi perbankan, termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kemaskini maklumat

Kepada penerima BR1M sebelum ini, mahu mengemaskini terutamanya memberikan maklumat nombor akaun bank boleh dilakukan secara dalam talian (online)

Klik – Sistem Permohonan baru dan kemaskini online BR1M 2014 (eBR1M)

Ataupun secara manual dengan menggunakan borang

Klik – Download Borang BR1M 2014

Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke mana- mana cawangan LHDNM berhampiran

Tarikh tutup BR1M 3.0

Tarikh tutup pemohanan dan pendaftaran BR1M adalah pada 31 Januari 2014

Dalam pada itu, permohonan yang berjaya akan mendapat pembayaran bermula bulan Februari 2014 mengikut fasa atau secara berperingkat-peringkat

Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Talian Hotline BR1M iaitu 1-800-88-2716

Informasi ini disiarkan pada 5.1.2014, Ahad