Dividen KWSP EPF 2023-2024 jumlah kadar peratus pengagihan

Berita

Berita

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan mengumumkan kadar peratus Dividen KWSP bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 pada pertengahan/ hujung bulan Februari 2024 atau selewat-lewatnya awal bulan Mac 2024

Sambil menantikan pengumuman Dividen berkenaan, pekerja terutamanya dari sektor swasta berharap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan dividen lebih tinggi untuk tahun berakhir 31 Disember 2023 berikutan kos sara hidup yang meningkat yang membuatkan mereka sukar untuk menabung daripada gaji bulanan mereka

Oleh itu, pencarum aktif dalam KWSP mengharapkan kadar agihan dividen lebih baik berbanding tahun sebelumnya kerana dana itu merupakan satu-satunya sumber simpanan untuk persaraan mereka kelak.

Justeru itu, orang ramai amatlah berharap kumpulan wang simpanan pekerja kwsp mengumumkan dividen yang tinggi. Serta berharap KWSP yang terus memastikan pulangan baik daripada pelaburan untuk manfaat hari tua pencarum

Jumlah Kadar Peratus Pendapatan Dividen KWSP (EPF) Tahun 2023

Berikut adalah jadual carta senarai kadar agihan peratusan Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tahun kewangan berakhir terkini (2023) dan rekod tahun yang terdahulu untuk simpanan konvensional dan untuk simpanan shariah.

Info Jumlah Peratus Pendapatan Tahun 2023

Kadar agihan 2023 adalah RASMI telah diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada 3 Mac 2024 oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn. Jumlah agihan dividen sebanyak RM50.33 billion bagi simpanan konvensional serta RM7.48 bilion jumlah agihan dividen untuk Simpanan Shariah

“Ahli boleh membuat semakan kadar dividen KWSP 2023 bermula 3 Mac 2024 dan digalakkan untuk menyemak melalui i-Akaun”

% Dividen KWSP / EPF Tahun 2023

Simpanan KonvensionalSimpanan Syariah
5.50 %5.40 %

Baca Juga : Cara Tukar Akaun KWSP Daripada Konvensional kepada Syariah

2022

  • Simpanan Konvensional : 5.35%
  • Simpanan Syariah : 4.75%

2021

  • Simpanan Konvensional : 6.10%
  • Simpanan Syariah : 5.65%

2020

  • Simpanan Konvensional : 5.20%
  • Simpanan Syariah : 4.9%

2019

  • Simpanan Konvensional : 5.45%
  • Simpanan Syariah : 5.0%

2018

  • Simpanan Konvensional : 6.15%
  • Simpanan Syariah : 5.9%

2017

  • 6.9% : Konvensional
  • 6.4% : Shariah

Senarai EPF Dividend Tahun 2016 – 1952

  • 2016 : 5.70%
  • 2015 : 6.40%
  • 2014 : 6.75%
  • 2013 : 6.35%
  • 2012 : 6.15%
  • 2011 : 6.00%
  • 2010 : 5.80%
  • 2009 : 5.65%
  • 2008 : 4.50%
  • 2007 : 5.80%
  • 2006 : 5.15%
  • 2005 : 5.00%
  • 2004 : 4.75%
  • 2003 : 4.50%
  • 2002 : 4.25%
  • 2001 : 5.00%
  • 2000 : 6.00%
  • 1999 : 6.84%
  • 1998 : 6.70%
  • 1997 : 6.70%
  • 1996 : 7.70%
  • 1995 : 7.50%
  • 1994 – 1988 : 8.00%
  • 1987 – 1983 : 8.50%
  • 1982 – 1980 : 8.00%
  • 1979 : 7.25%
  • 1978 – 1976 : 7.00%
  • 1975 – 1974 : 6.60%
  • 1971 : 5.80%
  • 1970 – 1968 : 5.75%
  • 1967 – 1965 : 5.50%
  • 1964 : 5.25%
  • 1963 : 5.00%
  • 1962 – 1960 : 4.00%
  • 1959 – 1952 : 2.50%

Semakan Penyata Akaun Pengkreditan Dividen KWSP (EPF) Tahun 2023

Penyata Ahli 2023 boleh diperoleh melalui laman web dan aplikasi i-Akaun (Ahli), kaunter-kaunter cawangan KWSP, kios di premis KWSP dan kios di premis pihak ketiga

Dalam mematuhi SOP COVID-19, ahli digalakkan untuk mendapatkan Penyata Ahli 2023 melalui i-Akaun (Ahli)

Related : tempoh lima tahun berturut, purata lima tahun dividen, 4.62 peratus untuk simpanan, pengerusi kwsp, kwsp perlu, peratus bagi simpanan konvensional, kadar 4.62 peratus untuk, 5.45 peratus, selepas diselaraskan untuk inflasi kwsp, simpanan konvensional dan 4.32 strategik dengan pengisytiharan purata peratus dalam tempoh lima sasaran strategik dengan pengisytiharan dividen sebenar pada kadar peratus untuk simpanan konvensional konvensional dan 4.32 peratus pengisytiharan purata dividen lima tahun berturut turut

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan