Bila tarikh duit BR1M 2017 dapat dan masuk akaun

09:55 Redaksi Admin

BRIM Jadual Tarikh pembayaran agihan Terkini

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2017) akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kelompok atau kumpulan kepada pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan / kemaskini maklumat mereka itu telah diluluskan atau berjaya

Setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan melalui peringkat semakan dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki

TARIKH DAN JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA BR1M 2017

Bagi setiap pemohonan yang telah diluluskan/ berjaya akan mendapat manfaat nilai atau jumlah bantuan kewangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk tahun 2017 adalah seperti berikut
Jadual Dan Tarikh Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia
Kategori Isi Rumah (1) / E-Kasih
Jumlah BR1M RM MYR Ringgit Malaysia1,200
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah
RM MYR Ringgit Malaysia3,000 dan ke bawah (termasuk warga emas)
Jadual Dan Tarikh Peringkat Pembayaran Ansuran BR1M 2017
Jumlah Tarikh Kredit Peringkat
RM MYR Ringgit Malaysia400 Bulan Februari Fasa 1
RM MYR Ringgit Malaysia400 Bulan Jun Fasa 2
RM MYR Ringgit Malaysia400 Bulan Ogos Fasa 3
Kategori Isi Rumah (2)
Jumlah BR1M RM MYR Ringgit Malaysia900
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah
RM MYR Ringgit Malaysia3,001 hingga RM MYR Ringgit Malaysia4,000 (termasuk warga emas)
Jadual Dan Tarikh Peringkat Pembayaran Ansuran BR1M 2017
Jumlah Tarikh Kredit Peringkat
RM MYR Ringgit Malaysia300 Bulan Februari Fasa 1
RM MYR Ringgit Malaysia300 Bulan Jun Fasa 2
RM MYR Ringgit Malaysia300 Bulan Ogos Fasa 3
Kategori Individu Bujang 21 Tahun Ke Atas
Jumlah BR1M RM MYR Ringgit Malaysia450
Pendapatan Kasar Bulanan
RM MYR Ringgit Malaysia2,000 dan ke bawah
Cara Pembayaran Diterima
Jumlah Tarikh Kredit Peringkat
RM MYR Ringgit Malaysia450 Bulan Februari Fasa 1 (Sekali gus)
Info
Tarikh yang tepat pengkreditan duit BR1M kepada penerima akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), dihebahkan melalui Facebook Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDNM
Pemohon disarankan melayari Portal Rasmi e-BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my kerana sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dalam Portal rasmi tersebut
Sila ambil perhatian terhadap setiap pemberitahuan Peringatan yang dinyatakan dalam Portal Rasmi e-BR1M. Jadilah pengguna internet yang bijak dengan mendapatkan maklumat dari sumber yang tepat dan sahih
Selain itu, tarikh tersebut turut akan dikemaskini oleh MYsumber dalam ruangan jadual di atas. Harap maklum
Agihan BR1M 2017 mengikut tarikh pembayaran adalah tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan akan dikemaskini dengan kadar segera
Pengkreditan Duit BR1M 2017 Dan Info Berkaitan
Duit BR1M 2017 Masuk Dalam Akaun Penerima
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mulai tarikh yang dinyatakan menerusi akaun bank penerima berdasarkan maklumat nombor akaun simpanan diberikan oleh penerima semasa melengkapkan maklumat permohonan baru atau kemaskini
Kecepatan pengkreditan duit BR1M ke dalam akaun simpanan turut bergantung kepada sistem bank penerima
Duit BR1M 2017 Dalam Bentuk Baucar
Sebahagian kecil penerima yang belum memiliki akaun bank atau tidak memberikan maklumat nombor akaun simpanan semasa membuat / mengemaskini permohonan akan menerima BR1M dalam bentuk baucar yang akan dipos terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau senarai bank lain yang terlibat dengan pembayaran BR1M
Pembayaran BR1M dalam bentuk baucar turut dibuat secara berperingkat-peringkat dan penerima baucar berkemungkinan akan lewat dapat berbanding penerima yang memilih pembayaran BR1M disalurkan melalui akaun simpanan bank
Cara Buat Semakan Status Permohonan / Kemaskini
Untuk mengetahui Permohonan atau Kemaskini diluluskan atau tidak, pemohon dan penerima boleh membuat semakan melalui kaedah berikut:
Sila Klik LinkSemakan Keputusan Status Kelulusan Permohonan / Kemaskini BR1M 2017 Secara Online
Hubungi Talian Bantuan
Menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my
Keputusan permohonan pemohon juga akan dimaklumkan melalui surat jawapan yang akan dihantar ke alamat kediaman seperti terdapat dalam rekod
Pautan Info Berkaitan
Sila Klik LinkMaklumat Dan Cara Permohonan E-BR1M 2017 : Pemohon Baru
Sila Klik LinkMaklumat Dan Cara Kemaskini E-BR1M 2017 : Penerima Sedia Ada
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share