e-Kasih 2023 daftar permohonan borang online & semakan status

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Sebagai makluman “e-kasih” merupakan satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Ia menghimpunkan segala maklumat mengenai kemiskinan sebagai sistem bersepadu isi rumah miskin

Menurut info dari Portal Rasmi E-Kasih memaklumkan bahawa semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 (Bandar) atau RM1,000 (Luar Bandar) sebulan adalah digalakkan mendaftar dan sebagai syarat kelayakan

Individu yang mempunyai pendapatan bersamaan pendapatan garis kemiskinan pgk semasa atau yang individu yang ingin mendaftar sistem ekasih boleh menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan

Individu juga boleh membuat panggilan telefon, menghantar surat atau e-mel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui ahli-ahli Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Cara Daftar Dan Semakan Permohonan Pendaftaran e-Kasih

Di bawah adalah maklumat terperinci berkenaan semakan pendaftaran serta proses pendaftaran e-Kasih untuk makluman orang ramai khususnya mereka yang berada di bawah pendapatan garis kemiskinan.

Apa Itu eKasih?

eKasih bukanlah program, tetapi ianya adalah pengkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Data eKasih ini akan digunakan oleh kementerian agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Ciri-Ciri Utama eKasih

  • Penyelarasan maklumat-maklumat mengenai bantuan kemiskinan
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  • Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis (garis kemiskinan pgk semasa)
  • Kemiskinan (PGK) per kapita
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan isi rumah
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

Semakan Pendaftaran eKasih

Semakan status kemiskinan secara online di pautan Semakan Pendaftaran E-Kasih

Proses Pendaftaran e-Kasih

Bantuan Kerajaan

Orang ramai perlulah memanfaatkan sistem pemberi bantuan yang diwujudkan dalam Portal Pembasmian Kemiskinan dengan memaklumkan maklumat mengenai kemiskinan yang dihadapi dengan mengunakan borang permakluman ekasihsecara dalam talian (online)

Program Boleh Mohon (Jika Layak) Setelah Daftar e-Kasih

Terdapat beberapa program bantuan kerajaan yang boleh dimohon (jika layak) sekiranya telah berdaftar dengan e-Kasih. Antaranya adalah seperti berikut:

i-SURI KWSP

Kerajaan pada bulan Ogos 2018 telah memperkenalkan Insentif Suri (i-SURI) yang merupakan Caruman Sukarela dengan Insentif Khas Kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dalam sistem data eKasih digunakan di bawah Jabatan Perdana Menteri (ICU/ JPM)

Suri rumah, balu dan ibu tungal yang profil mereka didaftarkan di pangkalan data kemiskinan nasional (e-Kasih) boleh menyertai i-Suri dengan membuat caruman minimum bermula RM5 setiap bulan ke akaun simpanan persaraan mereka. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/ Wanita (KIR) adalah antara syaratnya. Ianya bagi melayakkan mereka untuk menerima insentif kerajaan RM40 setiap bulan yang dimasukkan ke akaun KWSP masing-masing

Pendaftaran i-SURI boleh dibuat bermula dari 15 Ogos 2018 di mana mereka yang berminat dan berkelayakan boleh mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara

Bantuan Kerajaan

Bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) 

Bantuan JKM juga merupakan beberapa program bantuan yang boleh dimohon setelah berdaftar di bawah eKasih. Antaranya terdapat 11 jenis bantuan JKM mengikut kategori kelayakan.

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) : Bulanan RM150 hingga RM1000
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC) : RM500 seorang sebulan
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) : RM300 sebulan seorang
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) : RM500 sebulan sebulan
  • Bantuan Orang Tua (BOT) / Warga Emas : RM500 sebulan seorang
  • Bantuan Am Persekutuan (BA) : RM100 sebulan seorang, maksimum RM350 sebulan sekeluarga
  • Bantuan Am Negeri (BA) : Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) : RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) : RM200 sebulan seorang
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP) : Maksimum RM2,700 sekaligus
  • Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT) : Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan
  • Tabung Bantuan Segera (TBS).

Boleh ketahui maklumat lanjut di pautan berikut: Cara Mohon Bantuan JKM

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai e-Kasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000

Penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan agensi KSWP boleh didapati dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP atau Laman Web Rasmi di pautan :-

Related : nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan, bank data kemiskinan nasional yang mengandungi, maklumat mengenai kemiskinan bermula, kes kemiskinan melalui pemimpin, ahli isi rumah air, agensi pemberi bantuan, untuk rujukan yang lebih terperinci pgk semasa adalah seperti berikut mengikut negeri
pengiraan status kemiskinan bermula dari profail individu program bantuan yang diterima oleh ketua isi rumah kir dan ahli isi rumah air daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program bantuan yang diterima
https ekasih.icu.gov.my ekasih semakan carianawam pages default.aspx
pendapatan garis kemiskinan pgk
elaun pekerja pemilikan harta kesihatan pendapatan serta bantuan
ekasih 2023
pengemaskinian maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu program bantuan yang diterima oleh ketua isi rumah kir dan ahli isi rumah air daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program bantuan yang diterima
satu sistem bank data kemiskinan nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu program bantuan yang diterima oleh ketua isi rumah kir dan ahli isi rumah air daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program bantuan yang diterima
tersenarai dalam yang diterima oleh ketua isi rumah kir dan ahli isi rumah air daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program bantuan yang diterima oleh ketua isi rumah kir
berikut adalah sistem bank data kemiskinan nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu program bantuan yang diterima oleh ketua isi rumah kir dan ahli isi rumah air daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program bantuan yang diterima
maksimum rm500 sebulan sekeluarga yang diterima oleh ketua isi rumah kir dan ahli isi rumah air daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program bantuan yang diterima oleh ketua isi rumah kir

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan