hit counter
weblog mysumber

final piala fa 29 jun 2013 johor jdt vs kelantan

02:15 Redaksi Admin
Final Piala FA 29 June 2013 Johor Darul Takzim (JDT) lawan Kelantan

Akhirnya, “Harimau Selatan” dan “The Red Warriors” selangkah lagi untuk memburu kejuaraan Piala FA edisi yang ke 24 setelah kedua-dua pasukan ini mengesahkan tiket ke perlawanan akhir selepas mengharungi perlawanan dramatik dalam usaha melayakkan pasukan ke final

jadual final piala fa 2013 1final piala fa 29 jun 2013 johor jdt vs kelantan

Mengenai laluan ke final, Kelantan bangkit dari ambang kekalahan untuk menyingkirkan Terengganu menerusi agregat 6-5 dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA selepas tamat aksi yang berlarutan sehingga 120 minit di Stadium Sultan Nasiruddin Shah pada 28 Mei 2013

Sebelum ini, Kelantan mencatat kemenangan 4-1 ke atas Terengganu dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad IV

Dengan keputusan tersebut, Kelantan berjaya mara ke perlawanan akhir buat kali keempat sekaligus semakin hampir untuk mempertahankan gelaran juara yang dimenangi mereka musim lalu

Manakala Johor Darul Takzim,berjaya meneruskan kemaraan ke pentas final Piala FA meskipun tewas 1-2 di tangan Pahang pada pertembungan separuh akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Jun

Pada pusingan pertama di Stadium Larkin, JDT menang 1-0, sekali gus menumpaskan Pahang untuk agregat 2-2 dan layak berdasarkan peraturan kelebihan gol di tempat lawan

Perlawanan akhir Piala FA 2013 dijangka berlangsung pada 29 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil