hit counter
weblog mysumber

foto pernikahan diana danielle dan farid kamil 2012

20:56 Redaksi Admin
Foto Pernikahan Diana Danielle dan Farid Kamil

Dengan sekali lafaz nikah,Diana Danielle Danny Beeson akhirnya bergelar isteri kepada pelakon dan pengarah filem, Farid Kamil Zahari di majlis pernikahan yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake

gambar nikah farid kamil dan diana danielle 6foto pernikahan diana danielle dan farid kamil 2012

Mereka dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama yang juga Pendaftar Kanan Perkahwinan Daerah Gombak, Daim Jajuli  berwali hakim manakala dua rakan Farid, Ahmad Razif Hamzah dan Abdul Hamid Abdul Razak menjadi saksi

Diana menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran berjumlah RM20,000 mengikut nilai pelaburan emas

Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung dan Al Quran, cincin Tiffany & Co, wang hantaran dan sireh junjung

Sementara pihak Farid pula mendapat tujuh dulang hantaran iaitu tepak sireh, sebentuk cincin dan dompet, sebuah album foto, sebuah motorsikal mini, produk kecantikan Hugo Boss, majalah Polo International dan manisan

Selanjutnya berapa keping gambar sekitar majlis pernikahan pasangan pengantin baru ini.Untuk paparan lebih besar klik pada tumbnail image