hit counter
weblog mysumber

foto separuh bogel kate middleton tersebar

05:51 Redaksi Admin
Foto separuh bogel Kate Middleton tersebar

Pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William dan isterinya Kate Middleton berang semalam selepas sebuah majalah Perancis menyiarkan gambar separuh bogel wanita berkenaan

gambar kate middleton di malaysiafoto separuh bogel kate middleton tersebar

Foto-Kate Middleton ketika melawat Malaysia

Perbuatan tersebut membangkitkan kembali insiden gangguan yang dilakukan oleh pihak media terhadap ibu William, mendiang Puteri Diana

Middleton memakai gelaran Duchess of Cambridge selepas berkahwin dengan William

Beberapa pegawai Istana St James di sini berkata, pasangan diraja berkenaan yang kini berada di Malaysia sedang berunding dengan beberapa peguam berhubung tindakan majalah Closer versi Perancis itu

Mereka menyifatkan perbuatan majalah itu sebagai pencerobohan privasi yang melampau

Gambar eksklusif itu menunjukkan Catherine, 30, memakai seluar dalam manakala William menyapu krim matahari pada belakang badannya ketika isterinya sedang berbaring

“Pasangan diraja berkenaan amat sedih dan marah kerana satu penerbitan Perancis dan seorang jurugambar menceroboh privasi mereka secara melampau dan tanpa sebarang justifikasi,” kata kenyataan Istana St James.

“Insiden itu mengimbau kembali perbuatan melampau media cetak dan jurugambar paparazi semasa Diana masih hidup,” tambah kenyataan tersebut

Foto separuh bogel Middleton itu yang dirakamkan dari jauh disiarkan oleh majalah berkenaan semalam

Penerbitan tersebut mendakwa gambar itu dirakamkan di atas sebuah rumah rehat di selatan Perancis semasa Middleton dan William bercuti pada bulan ini

gambar separuh bogel kate middletonfoto separuh bogel kate middleton tersebar

Gambar Kecil-aksi separuh bogel Kate Middleton dimuatkan dalam majalah Perancis

Penyiaran gambar kontroversi itu merupakan cabaran getir pertama yang dicetuskan oleh media cetak terhadap pasangan diraja itu selepas Diana mati dalam satu kemalangan kereta di Paris ketika beliau dikejar beberapa paparazi