hit counter
weblog mysumber

gambar kapal hantu jepun dihanyutkan tsunami ke kanada

10:27 Redaksi Admin
Gambar kapal hantu Jepun dihanyutkan Tsunami ke Kanada

Sebuah kapal pukat tunda Jepun tanpa kru yang dihanyutkan tsunami setahun lalu kini menghampiri pantai barat Kanada

Menurut laporan stesen televisyen CNN dan akhbar Vancouver Sun, kapal itu dilihat terapung kira-kira 224 kilometer (km) dari pantai British Columbia

Gambar kapal hantu Jepungambar kapal hantu jepun dihanyutkan tsunami ke kanada

Ghost Ship

Menurut CNN, kapal yang dilengkapi peralatan menangkap sotong itu ditemui semasa sebuah pesawat tentera Kanada melakukan rondaan

Juruterbang pesawat itu kemudian menghantar nombor pendaftaran pada badan kapal itu kepada Pengawal Pantai Jepun

Sebelum ini, kapal tersebut berlabuh di bandar Hachinohe, wilayah Aomori semasa bencana tsunami melanda pantai timur Jepun pada 11 Mac tahun lalu

Kapal itu kelihatan berada dalam keadaan baik dan ia mempunyai jalur karat kerana terbiar selama setahun,kata seorang penyelaras maritim di sebuah pusat penyelamat di Victoria, British Columbia, Marc Proulx kepada CNN

Sementara itu, beberapa pegawai Kanada bimbang jika kapal itu boleh menghalang pelayaran kapal lain