hit counter
weblog mysumber

gempa bumi di acheh gegaran dirasai di malaysia 2 julai 2013

18:29 Redaksi Admin
Gempa bumi di Acheh gegaran turut dirasai di Malaysia 2 Julai 2013

gempa bumi di acheh 2013 julaigempa bumi di acheh gegaran dirasai di malaysia 2 julai 2013

Satu gempa bumi  bermagnitud 6.1 pada skala Richter yang “berkategori kuat”  melanda wilayah Acheh, Indonesia kira-kira jam 3.37 petang waktu tempatan pada Selasa

Impaknya turut dirasai di Semenanjung Malaysia, antara negeri yang merasai gegaran itu adalah Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Melaka

Menurut Jabatan Meterologi dalam portal rasmi http://www.met.gov.my melaporkan gempa itu berpusat di 65km Barat Daya dari Lhokseumawe, Indonesia dan 385km Barat Daya dari Balik Pulau, Pulau Pinang, bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikesan

Mengenai, kejadian tersebut di Acheh, AFP melaporkan berpuluh-puluh cedera akibat bangunan runtuh, dan mencetuskan panik di kawasan itu

Tambah laporan itu lagi,gempa bumi itu melanda pada 0737 GMT pada kedalaman hanya 10 kilometer (6.2 batu), 55 kilometer selatan Bireun dan 72 kilometer tenggara Reuleuet, menurut pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat

Seorang doktor di sebuah klinik kesihatan di bandar Lampahan, daerah Bener Meriah berkata, pihaknya telah mendapat maklumat kira-kira 50 orang mengalami kecederaan akibat gempa bumi itu

Dalam pada itu, di Pulau Pinang, lebih 100 orang yang berada di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) keluar dari bangunan itu setelah merasai gegaran bangunan setinggi 65 tingkat itu

Seorang saksi berkata beliau terasa pening selama beberapa minit dan tidak menyangka ia adalah kerana gegaran bumi

Di laman media sosial Facebook, orang ramai yang berada di negeri yang merasai gegaran itu turut memaklumkan mengenai gegaran yang dirasai itu

gempa bumi di acheh 2013 julai 3gempa bumi di acheh gegaran dirasai di malaysia 2 julai 2013