Kadar harga terkini buat Passport Malaysia 2017 cara renew online

07:15 Redaksi Admin

Pasport Malaysia Permohonan Renew Online Terkini

Jabatan Imigresen Malaysia telah mengumumkan bahawa kadar bayaran membuat atau memperbaharui passport Malaysia Antarabangsa untuk tempoh lima tahun bagi warganegara Malaysia adalah sebanyak RM200

Kadar bayaran baharu tersebut menyaksikan pengurangan sebanyak RM100 jika dibandingkan dengan kadar harga terdahulu iaitu sebanyak RM300

Dengan pengurangan kadar bayaran untuk tempoh lima tahun, Pasport Malaysia Antarabangsa untuk tempoh sah selama dua tahun telah dimansuhkan

Bayaran pasport untuk warga emas, kanak-kanak di bawah 12 tahun dan jemaah haji dikenakan bayaran sebanyak RM100 berbanding kadar asal iaitu sebanyak RM150

Sementara itu, bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak dikenakan bayaran untuk perkhidmatan tersebut

KADAR HARGA TERKINI BUAT PASSPORT MALAYSIA ANTARABANGSA 2017 SERTA CARA PEMBAHARUAN SECARA ONLINE

Sehubungan itu, hanya Pasport Malaysia Antarabangsa tempoh sahlaku lima (5) tahun sahaja yang akan dikeluarkan dengan kadar bayaran seperti maklumat dalam ruangan berikut
Maklumat Kadar Bayaran Harga Buat Passport Antarabangsa Malaysia Dan Pembaharuan (Renew) Secara Online
Tarikh KuatKuasa Kadar Bayaran Harga Buat Passport Antarabangsa Malaysia
Tarikh Berkuatkuasa
Bermula 15 Januari 2015 sehingga sekarang
Senarai Kadar Bayaran Harga Buat Passport Antarabangsa Malaysia
Kategori Kadar Bayaran
Pemohon yang berumur 13 tahun hingga 59 tahun RM200
Pemohon yang berumur 60 tahun dan ke atas RM100
Pemohon yang berumur 12 tahun dan ke bawah RM100
Jemaah Haji RM100
Orang Kelainan Upaya (OKU) Percuma
Tempoh Sah Laku 5 Tahun
Cara Permohonan Pembaharuan (Renew) Passport Antarabangsa Malaysia Secara Online
Butiran
MYonline Pasport adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet
Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX)
Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat
Waktu serahan. Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya
Sila Klik LinkSistem AplikasiMaklumat Lengkap Dan Sistem Aplikasi Permohonan Pembaharuan Passport Malaysia Antarabangsa Secara Online
Garis Panduan / Cara Terkini Buat Permohonan Pertama Kali Pasport Malaysia Antarabangsa
Pautan Info
Sila Klik LinkImigresen Malaysia LogoProsedur Dan Garis Panduan Permohonan Baharu Passport Malaysia Antarabangsa
Maklumat Dan Halaman Utama Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia
Maklumat Dan Pautan
Menerusi halaman utama Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia, pengguna boleh menggunakan kemudahan yang disediakan antaranya seperti:
Semakan Status Kawalan Imigresen untuk Warganegara Malaysia – Blacklist (SSPI)
Semakan Status Permohonan Pas Pelajar
Semakan Status Permohonan Permit Masuk (myOnlinePermit)
Semakan Permohonan Pembantu Rumah / Pekerja Asing
Lain-Lain Semakan Dan Perkhidmatan Secara Online
Sila Klik LinkImigresen Malaysia Logohttp://www.imi.gov.my
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share