Senarai terkini orang melayu Malaysia paling kaya 2024

Berita

Berita

Berdasarkan kedudukan (ranking) senarai 50 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2024 yang diterbitkan oleh majalah perniagaan popular Forbes, (www.forbes.com) terdapat tiga individu melayu tersenarai dalam ranking tersebut berbanding tujuh individu pada tahun lepas

Kesemua mereka telah tersenarai sebagai individu berbangsa melayu Islam terkaya di Malaysia pada tahun 2024

Senarai Kedudukan Terkini Orang Melayu Paling Kaya Di Malaysia Tahun 2024

Menurut laporan senarai terkini 50 individu terkaya Malaysia tahun 2024 menyaksikan nilai kekayaan tiga individu Melayu Islam terkaya itu ada yang meningkat dan menyusut berbanding tahun sebelumnya

Berita

1) Tan Sri Syed Mokhtar Al­bu­­khary

Umur: 73 tahun

Status: Berkahwin

Anak: 5 Orang

Tan Sri Syed Mokhtar Al­bu­­khary merupakan orang melayu paling kaya di Malaysia pada tahun 2024 dengan nilai kekayaan sebanyak AS$1.3 bilion menurun berbanding tahun 2023 (AS$1.6B)

Beliau memulakan karier perniagaannya sebagai pedagang beras dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi

Bagaimanapun usaha beliau sepanjang bergelar seorang ahli perniagaan, kini beliau menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya menerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu MMC Corp. dan DRB-Hicom

Beliau juga merupakan pengerusi Yayasan Al-Bukhary merupakan individu yang kekal dalam senarai top 50 orang terkaya di Malaysia juga dan turun empat kedudukan daripada tangga ke-11 pada tahun 2023 kepada kedudukan ke 15 tahun ini

Berita

2) Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim

Umur: 64 tahun

Status: Berkahwin

Anak: 6 Orang

Individu melayu kedua terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim. Menurut Forbes nilai kekayaan yang dicatat beliau pada tahun 2024 adalah sebanyak AS$765 juta, menurun berbanding tahun 2023 adalah sebanyak AS$825 juta

Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim merupakan pemilik syarikat perkhidmatan helikopter, Weststar Aviation yang memberi tumpuan kepada sektor Oil and Gas (O&G )

Antara syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatannya ialah Petronas Carigali, Shell dan Tullow Oil selain mengimport / mengedar kenderaan perdagangan dan kereta mewah

Berikutan nilai kekayaan beliau meningkat, dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2024, kedudukan beliau turun ke tangga ke 28 daripada kedudukan ke-24 seperti tahun 2023

Berita

3) Tan Sri Azman Hashim

Umur: 84 tahun

Status: Berkahwin

Anak: 5 Orang

Pendidikan: Perakaunan di Australia

Orang melayu ketiga terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Azman Hashim dengan nilai kekayaan yang dicatat sebanyak AS$660 juta (2024), meningkat berbanding AS$575 juta pada tahun 2023

Beliau mengetuai perbankan AmBank Group, yang diasaskannya pada 1976 dengan nama Arab-Malaysian Merchant Bank

Selain itu, beliau juga memiliki kepentingan dalam bank pelaburan ECM Libra RCE Capital

Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia tahun 2024 beliau berada pada kedudukan ke-32 naik dua anak tangga berbanding tahun 2023 (34)

Untuk melihat senarai penuh orang terkaya di Malaysia yang terkini, sila baca : Senarai Terkini 10 Orang Malaysia Paling Kaya 2024

Senarai Orang Melayu Terkaya 2023

Berikut adalah senarai bagi tahun 2023 yang diterbitkan oleh Forbes:

1) Tan Sri Syed Mokhtar Al­bu­­khary

2) Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim

3) Tan Sri Azman Hashim

Senarai Orang Melayu Terkaya 2022

Berikut adalah senarai bagi tahun 2022 yang diterbitkan oleh Forbes:

1) Tan Sri Syed Mokhtar Al­bu­­khary

2) Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim

3) Tan Sri Azman Hashim

Senarai Orang Melayu Terkaya 2021

Berikut adalah senarai bagi tahun 2021 yang diterbitkan oleh Forbes:

1) Tan Sri Syed Mokhtar Al­bu­­khary

2) Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim

3) Tan Sri Azman Hashim

Senarai Orang Melayu Terkaya 2020

Di bawah adalah senarai bagi tahun 2020 yang diterbitkan oleh Forbes:

1) Tan Sri Syed Mokhtar Al­bu­­khary

2) Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim

Berita

3) Ahmayuddin bin Ahmad

Umur: 63 tahun

Status: Berkahwin

Anak: 4 Orang

Ahmayuddin bin Ahmad merupakan orang melayu ketiga paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$620 juta (2020) meningkat berbanding tahun 2019 (AS$580)

Beliau merupakan salah seorang daripada pengasas syarikat pelabuhan di Pelabuhan Klang, Westports Holdings

Nilai kekayaan Ahmayuddin meningkat pada tahun 2020 justeru dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia 2020 Forbes meletakkan beliau di kedudukan ke-27 berbanding ke-31 (2019)

4) Tan Sri Azman Hashim

Berita

5) Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah

Umur: 54 tahun

Status: Berkahwin

Pendidikan: Bachelor of Arts / Science, University of Technology, Malaysia

Orang melayu kelima terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan AS$405 juta pada 2020 berbanding AS$345 juta (2019) adalah Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah yang merupakan Pengasas Syarikat Serba Dinamik bermula 1993

Beliau memulakan kerjaya sebagai jurutetera penyelenggaraan dan kurang gembira dengan kerja beliau pada ketika itu kerana perlu menghadiri mesyuarat

Oleh kerana minat terhadap praktikal atau hands-on dalam bidang kejuruteraan, beliau telah membuka Serba Dinamik yang menawarkan perkhidmatan servis dan penyelenggaraan loji gas dan minyak

Beliau telah mendaki 4 anak tangga daripada kedudukan 40 (2019) kepada 36 tahun ini dalam senarai 50 orang terkaya Malaysia

Berita

6) Datuk Abdul Kadier Sahib

Umur: 71 tahun

Warganegara: Malaysia

Pendidikan: Bachelor of Arts / Economics, University of Malaysia

Orang melayu keenam terkaya dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia adalah Datuk Abdul Kadier Sahib

Nilai kekayaan beliau pada tahun 2020 adalah sebanyak AS$360 juta meningkat berbanding AS$275 juta pada tahun 2019

Beliau adalah pengarah kejuruteraan syarikat Serba Dinamik pada tahun 1994 dan kini merupakan individu pemegang saham kedua terbesar syarikat berkenaan

Serba Dinamik telah berkembang ke taraf antarabangsa dengan memasuki kawasan Timur Tengah, Eropah dan Afrika merupakan pengeluar perkhidmatan dalam kejuruteraan awam dan mekanikal, intrument dan juga sistem kawalan

Beliau telah medaki 11 anak tangga pada tahun 2020 ke kedudukan 38 berbanding tahun 2019 tangga ke 49

Berita

7) Datuk Kamarudin Meranun

Umur: 58 tahun

Status: Berkahwin

Anak: 5 Orang

Pendidikan: Bachelor of Arts / Science, Central Michigan University dan Master of Business Administration, Central Michigan University

Individu melayu ketujuh terkaya di Malaysia adalah Datuk Kamarudin Meranun. Menurut Forbes nilai kekayaan yang dicatat beliau pada tahun 2020 adalah sebanyak AS$315 juta, menurun berbanding AS$520 juta (2019)

Beliau mengasaskan jenama penerbangan AirAsia bersama Tan Sri Tony Fernandes pada 2001

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pengurus portfolio di Arab-Malaysian Merchant Bank dengan tumpuan perkhidmatan kepada individu berpendapatan tinggi

Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2020, beliau telah jatuh ke kedudukan ke-43 berbanding tahun 2019 (33)

Berita

8) Tan Sri Mokhzani Mahathir

Umur: 59 tahun

Status: Berkahwin

Anak: 5 Orang

Pendidikan: Bachelor of Arts / Science, University of Tulsa

Orang melayu terakhir yang berjaya memasuki senarai orang terkaya di Malaysia pada tahun 2020 adalah anak kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani Mahathir

Menurut Forbes nilai kekayaan beliau adalah sebanyak AS$305 juta, menurun berbanding AS$325 juta (2019)

Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke-45 dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia. Pada tahun 2019 kedudukan beliau adalah satu tangga di hadapan iaitu tempat ke-44

Info

Secara keseluruhannya, berdasarkan semakan MYsumber bagi senarai penuh 50 individu terkaya di Malaysia anjuran Forbes pada tahun 2024 menyaksikan Tan Sri Robert Kuok kekal berada di kedudukan teratas dengan nilai kekayaan aset bersih AS$11.5 bilion

Dalam senarai 50 individu tersebut, majoriti mereka (ahli perniagaan) yang tersenarai adalah kaum berbangsa cina

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan