hit counter
weblog mysumber

hussain ahmad najadi pengasas ambank mati kena tembak

22:11 Redaksi Admin
Pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi ditembak mati

Lagi kes kejadian pembunuhan bersenjata api yang berlaku di negara ini, menurut laporan media arus perdana, mangsa Hussain Ahmad Najadi berusia 75 tahun adalah seorang Pengasas AmBank Group, ditembak mati di tempat letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur pada petang Isnin 29 Julai 2013

Hussain Ahmad Najadi mati ditembakhussain ahmad najadi pengasas ambank mati kena tembak

Mangsa dan tempat kejadian

Selain itu, isteri beliau turut ditembak tetapi mengalami kecederaan dan dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Tung Shing

Mengenai insiden itu, Allahyarham, warga Iran yang juga Pengarah Urusan pertama bank itu meninggal dunia serta merta di tempat kejadian selepas terkena tembakan di dada dan rusuk manakala isterinya berusia 48 tahun terkena peluru di lengan kiri dan peha kanan sebelum dikejarkan ke hospital

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asistan Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata kejadian berlaku jam 2 petang apabila tiga lelaki menunggu mangsa keluar daripada menemui seorang lelaki di tokong berhampiran dipercayai berkaitan urus niaga saham

Motif sebenar insiden pembunuhan itu kini dalam siasatan