Permohonan ILKBS (IKBN) 2017 Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan

04:30 Redaksi Admin

IKBN Permohonan Online Terkini

Individu warganegara Malaysia yang berkelayakan serta mempunyai minat dalam bidang kemahiran merangkumi sektor perindustrian yang terdapat dalam negara adalah diperlawa membuat permohonan kemasukan bagi mengikuti latihan kemahiran yang ditawarkan di Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) ambilan Januari 2017

Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) merangkumi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Konsep latihan di ILKBS adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat

PERMOHONAN ILKBS (IKBN) JANUARI 2017 ONLINE INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) atau IKBN boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem aplikasi yang akan dibuka kepada capaian pemohon

Berikut MYsumber sertakan maklumat berkaitan antaranya seperti prosedur cara untuk membuat permohonan, tarikh dibuka dan syarat umum kemasukan ke Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) untuk pengambilan bulan Januari tahun 2017

Logo ILKBS IKBNPermohonan ILKBS (IKBN) Sesi Januari 2017
Tarikh Permohonan ILKBS
Permohonan Dibuka Permohonan Ditutup
29 September 2016 4 November 2016
Tarikh permohonan buka / tutup adalah rasmi. Sila buat permohonan mengikut ketetapan tempoh tarikh dan masa yang dinyatakan
Syarat Umum Kelayakan Permohonan ILKBS (IKBN) 2017
Butiran
Warganegara Malaysia
Boleh membaca dan menulis
Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
Belum berkahwin (bujang)
Sihat tubuh badan
Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon
Bidang-bidang utama di IKBN
Butiran
Bidang-bidang utama yang ditawarkan di IKBN adalah seperti berikut

Teknologi Mekanikal Teknologi Marin
Teknologi Automotif Teknologi Hospitaliti
Teknologi Awam Teknologi Fotografi
Teknologi Elektrik Teknologi Maklumat
Teknologi Elektronik Teknologi Personal
Teknologi Tekstil Teknologi Sukan
Peringkat Program
Butiran
Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) tahap 1 hingga 5
Persijilan JKKP
Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)
Diploma MQA
Laman Web Sistem Aplikasi Permohonan ILKBS (IKBN) 2017 Secara Online
Pautan
Sila Klik LinkSistem AplikasiSistem Aplikasi Permohonnan Online Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS)
Sistem aplikasi hanya diaktifkan bermula pada tarikh seperti yang telah dinyatakan
Sila Klik LinkPDF FormatPanduan Ringkas Permohonan
Mozilla FirefoxUntuk kelancaran mengakses Sistem Aplikasi Permohonan sila gunakan pelayar internet Mozilla Firefox
Maklumat Penting
iNFO
Sila Klik LinkPDF FormatSemakan Program, Tempoh Pengajian, Syarat Dan Senarai Institut
Bantuan Dan Keterangan Lanjut
Hubungi TalianTelefon03-88713651 / 3652 / 3653 / 3646 / 368
Semakan Temuduga Dan Keputusan
Pautan
Sila Klik LinkSemakan Panggilan TEMUDUGA Kemasukan ke Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) Sesi Pengajian Januari 2017
Sila Klik LinkSemakan Keputusan Dan Tawaran Kemasukan ke Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) IKBN Sesi Pengajian Januari 2017
Catatan
Info
Permohonan hanya boleh dibuat secara ‘On-Line’ sahaja
Sebarang kesilapan atau perbezaan menandakan keputusan kelayakan akedemik semasa mengisi permohonan ‘On-Line’ di laman web dengan keputusan sebenar boleh menyebabkan calon disingkir dari IKBN
Keputusan permohonan ke ILKBS boleh disemak bermula pada 21 November 2016
Pemohon yang didapati memberikan sebarang butiran palsu boleh disingkirkan dari mengikuti latihan di ILKBS
Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya
Sila Klik LinkSistem Online IKBN untuk mendapatkan sebarang pengemaskinian maklumat terkini
Update KemaskiniPermohonan ILKBS (IKBN / IKTBN / AKBG) Selepas Sesi Januari 2017
Pemberitahuan
Permohonan kemasukan ke ILKBS (IKBN / IKTBN / AKBG) selepas ambilan sesi Januari 2017 bagi lepasan SPM / Setaraf adalah melalui UPU Online. Program-program pengajian dalam kategori Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
Untuk maklumat lanjut cara permohonan melalui UPU Online sila klik pada judul pautan di bawah
Sila Klik LinkSistem AplikasiMaklumat Permohonan ILKBS (IKBN / IKTBN / AKBG) Melalui UPU Online
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share