info borang insuran takaful i-br1m dan cara buat tuntutan

21:50 Redaksi Admin
Info Borang Insuran Takaful I-BR1M Dan Cara Buat Tuntutan

borang insuran i brim

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2014 turut disertakan bersama perlindungan insurans takaful menerusi i-BR1M yang bernilai RM50 kepada semua penerima BR1M kategori isirumah/ketua keluarga yang mempunyai tanggungan

Bagaimana pun penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M

Tempoh Perlindungan I-BR1M

Tempoh adalah selama setahun iaitu bermula dari tarikh 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kematian/kemalangan dalam tempoh perlindungan tersebut

Borang Dan Cara Buat Tuntuan I-BR1M

Borang tuntutan i-BR1M boleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh di dimuat-turun di

  • Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di www.malaysiantakaful.com.my
  • Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://www.hasil.gov.my
  • Mana-mana laman web pengendali takaful yang mengambil bahagian
Klik : Download Borang iBR1M 2014

Dokumen yang diperlukan semasa membuat tuntutan adalah seperti dalam lampiran

Pemohonan akan dibayar

Borang tuntutan i-BR1M yang lengkap akan diproses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permohonan beserta dokumen lengkap diterima oleh pengendali Takaful

Sebarang pertanyaan berkenaan tuntutan i-BR1M, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan i-BR1M seperti berikut:-

  • Hotline: 03-2716 2716
  • Emel: [email protected]

Bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai I-BR1M, klik pada butang capaian dibawah

Klik- Maklumat Asas I-BR1M 2014
Disiarkan: 22.2.2014, Sabtu