hit tracker

info terkini isu jadual catuan air selangor 2014 senarai kawasan

09:54 Redaksi Admin
Info Terkini Isu Jadual Catuan Air Selangor 2014 Senarai Kawasan

krisis air selangor 2014

Umum sedia maklum bahawa Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan program catuan air secara bergilir di kawasan yang terlibat bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak beberapa hari yang lalu

Program Catuan Air

Difahamkan menerusi program catuan yang akan dilaksanakan ini, setiap pengguna akan tetap mendapat bekalan air cuma ia akan dicatu iaitu penyaluran bekalan air dilakukan selama dua hari dan dua hari (berikutnya) tiada air dan seterusnya

Sebagai contoh, sekurang-kurangnya dalam seminggu, empat hari pengguna akan dapat air sepenuhnya dan catuan akan berlarutan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak untuk hentikan catuan air iaitu apabila musim hujan bermula, dijangka akhir Mac

Objektif program catuan air dilakukan bagi mengekalkan jumlah air sedia ada di empangan di negeri ini supaya ia dapat bertahan untuk dua bulan akan datang seandainya musim panas terus berlarutan

Maklumat Dan Kawasan Yang Terlibat Dengan Jadual Program Catuan Air Di Selangor

Berikut adalah perincian mengenai jadual catuan air di Selangor dan notis gangguan bekalan air yang dikeluarkan oleh pihak “SYABAS” serta laporan yang disiarkan dalam media perdana berhubung perkara ini

Tarikh (2014) Masa Ringkasan Laporan Dan Perkara
25/2 3 ptg Catuan air di Hulu Langat, Kuala Langat Dan Sepang

Sebanyak 71 kawasan membabit 60,185 akaun di kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang bakal mengalami catuan air berjadual selama dua hari berselang bermula Khamis ini (27.2.2014) hingga 31 Mac depan

 25/2  8 mlm Berikut adalah notis dan pelan pengagihan (catuan) air berjadual di kawasan terlibatKlik- Lihat Notis Pengagihan Air Berjadual & Senarai Kawasan Terlibat

Maklumat lanjut berkaitan masalah gangguan air di Selangor 2014 turut boleh didapati dengan melayari:-

Klik- Facebook Puspel SYABAS

Klik- Portal Rasmi SYABAS

Sebagai langkah dalam menghadapi masalah ini, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan air sewajarnya dan menyimpan air mengikut keperluan bagi mengelak kekurangan bekalan selain mengurangkan aktiviti yang boleh membazirkan bekalan air dalam keadaan cuaca yang panas dan kering sekarang

Disiarkan: 25.2.2014/ Kemaskini Terakhir – 26.2.2014