Permohonan IPG 2024 Calon Guru PISMP Lulusan SPM

UPU

UPU

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi pengambilan tahun 2024

Calon-calon yang mempunyai minat dan beriltizam, komited serta dedikasi dalam profesion perguruan adalah digalakkan memohon

Bagaimanapun, calon perlu memenuhi serta menepati kriteria syarat dan kelayakan asas sepertimana yang telah ditetapkan

Turut dilampirkan kalender aktiviti yang disediakan oleh IPG untuk calon merujuk tarikh-tarikh penting yang berkaitan

Permohonan Calon Guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Tahun 2024 Lulusan SPM

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) ambilan tahun 2024 boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal PISMP seperti pautan dikongsikan di bawah. Bermula tahun 2021, permohonan ambilan IPG tidak melalui UPUOnline dan percuma.

Pendaftaran Kemasukan Pelajar Sesi Akademik 2024 hanya terbuka kepada: 

  1. Calon yang mengambil peperiksaan SPM Tahun 2023, 2022 dan 2021

Keterangan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  1. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah 
  2. Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 3 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM
  3. Pemohon yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
  4. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa

Syarat Kelayakan Asas 

a. Warganegara Malaysia

b. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2004. Sekiranya anda lahir sebelum 30 Jun 2004 anda tidak layak memohon
(Anda akan ketahui sama ada umur anda layak untuk membuat permohonan kerana sebaik sahaja permohonan dibuka, sistem akan terlebih dahulu membuat tapisan awal berkenaan umur pemohon. Jika layak, baru anda dibenarkan mendaftar seterusnya membuat permohonan PISMP secara online)

c. Sihat tubuh badan

d. Aktif dalam kegiatan kokurikulum

e. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum)

f. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut, iaitu:

1. Bahasa Melayu

2. Sejarah

3.Bahasa Inggeris

g. Memenuhi syarat bidang pengkhususan

Tarikh Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) IPG 2024

  • Dibuka : 14 Mac 2024
  • Ditutup : 15 April 2024

Berikut adalah maklumat lanjut Permohonan PISMP IPG bagi sesi 2024 sebagai rujukan

Pengambilan-PISMP-IPG-2024

Permohonan PPC 2024

KPM membuka permohonan Program Pelajar Cemerlang untuk sesi akademik 2023/2024 bermula :

  • Dibuka : 14 Mac 2024
  • Ditutup : 15 April 2024

Permohonan-PPC-PSIMP-2024

Sebarang maklumat dan pengumuman terkini berkaitan dengan permohonan PISMP ambilan 2024, sila layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan https://www.moe.gov.my

Cara Mohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

  • Mekanisme Aplikasi Permohonan Online : https://pismp.moe.gov.my/
  • Manual Pengguna : Panduan Penggunaan Sistem Permohonan UPUOnline
  1. Pemohon hanya boleh membuat permohonan secara online dengan melayari pautan seperti disediakan di atas.
  2. Permohonan akan ditapis mengikut syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Mereka yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF).
  3. Pemohon dinasihatkan untuk melayari laman portal PISMP bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG),  ujian kecergasan fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  4. Pemohon hanya dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.
  5. Permohonan mestilah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan tersebut ditolak

Info Berkaitan

Makluman

  • Sebagai makluman, maktab-maktab perguruan telah dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG)
  • IPG dikawal selia secara langsung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Perubahan daripada maktab perguruan kepada IPG bukanlah dari segi nama sahaja tetapi pengisiannya bagi melahirkan guru cemerlang dan seterusnya pelajar cemerlang
  • Calon guru mesti mempunyai personaliti dan keyakinan diri yang baik serta ada rasa tanggungjawab dalam memenuhi aspirasi kerajaan dan rakyat

Info Penting 

Calon yang terpilih mestilah menjalani saringan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF). Calon mesti lulus saringan UKCG dan diperaku oleh panel penilai video.

a) Ujian Kelayakan Calon Guru ( e-UKCG) Sesi Ujian Bertulis Atas Talian

  • e-UKCG mempunyai Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon HENDAKLAH menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B
  • Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan
  • Jika calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan

b) Penyediaan Dan Penghantaran Video Pengajaran (VP) 

  • Calon yang telah lulus e-UKCG sahaja dikehendaki menyediakan VP
  • Calon hendaklah menghasilkan VP antara 6 ke 8 minit dan muat naik ke aplikasi Youtube. Rakaman VP mestilah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri
  • Calon hendaklah menghantar link/ URL VP ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan. Garis Panduan Penyediaan Video Pengajaran akan dimaklumkan hanya kepada calon yang berjaya dipanggil untuk menduduki saringan e-UKCG
  • Jika calon tidak menghantar VP, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan
  • Penyediaan VP hanya akan dilakukan pada calon yang melepasi syarat bidang sahaja

c) Penyediaan Dan Penghantaran Video Kecergasan Fizikal (VKF) 

  • Calon hendaklah menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi
  • Rakaman VKF mestilah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri
  • Calon hendaklah menghantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan
  • Jika calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan
  • Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang melepasi syarat bidang.

d) Pemilihan 

Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah tertakluk kepada keputusan e-UKCG dan UKF , skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM

Semua keputusan adalah muktamad.

e) Penawaran

Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Semua keputusan adalah muktamad

f) Perjanjian Pendidikan Guru

Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Calon mestilah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

Kalendar Aktiviti

Berikut adalah kalendar aktiviti dan tarikh penting bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2024:

Bil Aktiviti Tarikh
1.Iklan Permohonan PISMP tahun 2024 dalam akhbar tempatan11 Mac 2024
2.Permohonan secara atas talian (online) dibuka kepada capaian pemohon (pindaan atau perubahan kemaskini maklumat permohonan boleh dibuat sebelum tarikh sistem aplikasi ditutup)14 Mac 2024
3.Permohonan ditutup15 April 2024 (jam 1159 malam)
4.Pelaksanaan Ujian kelayakan Calon Guru (UKCG) secara online

15 April – 19 April 2024
22 April – 26 April 2024
5.Kemaskini Maklumat dan bidang permohonan PISMP3 – 9 Jun 2024
6.Permohonan baharu ambilan kedua
7.e-UKCG ambilan kedua
8.Semakan Keputusan eUKCG dan calon layak temu duga serta Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) (Tarikh mula Muat naik dan kemaskini Link/URL ke portal PISMP)13 Jun 2024
9.Pelaksanaan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan temuduga secara fizikal1 – 5 Julai 2024
8 – 12 Julai 2024
10.Semakan Tawaran Calon Berjaya
Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman aplikasi sistem PISMP
Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG yang ditetapkan
24 Julai 2024
11.Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru (IPG)
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di IPG yang ditetapkan selepas Pendaftaran

Tarikh penting dan aktiviti yang dinyatakan seperti yang tertera diatas adalah tertakluk kepada perubahan semasa

Related : mengikuti program ikhtisas, dikenakan tindakan tatatertib, lima 5 mata pelajaran, proses tindakan tatatertib semasa,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan