hit counter
weblog mysumber

izyan isteri ustaz azhar idrus uai dan video akad nikah

04:41 Redaksi Admin
Izyan isteri Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan video akad nikah

isteri muda uaiizyan isteri ustaz azhar idrus uai dan video akad nikah

Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra dengan panggilan UAI dikalangan peminatnya telah selamat melangsungkan perkahwinan kali yang ketiga di Hulu Klang, Gombak pada Sabtu 26 Mei 2013 kira-kira jam 11.52 pagi

Mengenai isteri baru beliau, Izyan berusia 27 tahun merupakan anak saudara Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU1, Omar Tahar

Berita pernikahan UAI ini mendapat perhatian umum di internet sehinggakan ada pihak mengambil kesempatan dengan tujuan mempolitikkan dan mensensasikan pernikahan UAI dek kerana beliau berkahwin dengan anak saudara Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU1, Omar Tahar

Menerusi laman sosial Facebook, ada yang mengucapkan tanhiah di atas pernikahan beliau, namun ada segelintir pihak melontarkan pelbagai perkataan yang negatif dan tidak sepatutnya dizahirkan oleh seorang yang mengaku dirinya Muslim

Umum ingin mengetahui, siapakah identiti isteri muda UAI selepas disiarkan dalam sebuah akhbar

izyan isteri muda ketiga uaiizyan isteri ustaz azhar idrus uai dan video akad nikah

Berikut adalah secara ringkas mengenai Izyan isteri ketiga Ustaz Azhar Idrus

Nama : Izyan
Umur : 27 tahun
Status: Isteri Ketiga Ustaz Azhar Idrus
Tarikh Nikah: 26 Mei 2013
Asal : Bandar Pagoh, Muar, Johor
Tempat Menetap : Keramat Permai AU1, Hulu Klang, Gombak.
Lain-Lain : Anak saudara kepada Tuan Hj. Omar bin Taha

Pada majlis pernikahan itu, UAI turut ditemani oleh isteri pertama dan kedua beliau, Ustaz Azhar tampil dengan berjubah warna kelabu segak berkopiah nampak ceria melayan tetamu, kenalan dan sanak saudara yang hadir

Video akad nikah Ustaz Azhar Idrus

gambar isteri UAI ustaz azhar idrusizyan isteri ustaz azhar idrus uai dan video akad nikah

Isteri pertama bernama Rogayah Binti sulong (gambar sebelah kiri) berumur 43 tahun. Manakala isteri kedua bernama Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (gambar sebelah kanan) berusia 27 tahun

Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang penceramah bebas yang terkenal dengan jenaka spontannya dan melucukan dalam ceramah di kaca TV dan juga video yang dimuat-naik di Youtube

Bagi peminat setia UAI pastinya akan tersenyum apabila teringatkan kata-kata beliau semasa ceramahnya iaitu

Carilah calon suami atau isteri yang boleh membahagiakan kamu. Tak comel tak pe, boleh tutup lampu