jumlah penduduk malaysia 30 juta orang tahun 2014

Mysumber Redaksi Admin
Jumlah Penduduk Malaysia 30 Juta Orang Tahun 2014

Jumlah populasi di negara Malaysia telah mencecah jumlah 30 juta orang, jumlah berkenaan diambil kira berdasarkan jam populasi di laman web Jabatan Perangkaan Malaysia

Sebelum ini Malaysia mempunyai seramai 29,999,530 rakyat sehingga pukul 6.43 petang Rabu lalu demikian laporan sebuah akhbar baru-baru ini

anak 1malaysia

Berdasarkan pemantauan yang dibuat oleh akhbar berkenaan terhadap jam populasi itu, kira-kira satu kadar kelahiran berlaku setiap minit, dan membuat kesimpulan angka 30 juta angka itu akan dicapai pada kira-kira pukul 2 pagi Khamis (27 Februari 2014)

Tambah laporan lagi, menurut unjuran populasi jabatan tersebut, angka 38.5 juta orang penduduk akan dicapai pada tahun 2040, yang terdiri daripada 19.6 juta lelaki dan 19 juta perempuan

Disiarkan: 1.3.2014, Sabtu