Permohonan dan semakan keputusan status BPPT 2019 kad debit pelajar

Pendidikan

Pendidikan

Kerajaan menerusi pengumuman terkini oleh Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) bernilai RM100 yang akan didebitkan ke dalam Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat kepada 1.2 juta pelajar pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT)

Oleh itu, pelajar di Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPTA/ IPTS) berstatus warganegara Malaysia yang terbabit berhak untuk mendapatkan inisiatif bernilai RM100 yang diberikan oleh kerajaan

Peringatan INFO TERKINI: Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) RM100 Bagi Tahun 2019
Kementerian Kewangan Malaysia telah membuat pengumuman pada 24 Februari 2019 bahawa Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) yang dahulunya dikenali sebagai Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) akan diteruskan pada tahun ini. 
Bantuan tersebut adalah sebanyak RM100 bagi setiap pelajar berwarganegara Malaysia yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT)
Bayaran bantuan akan disalurkan pada penghujung bulan mac melalui mekanisme sedia ada iaitu kad debit Bank Rakyat yang mula digunakan beberapa tahun lepas sebagai pengganti sistem baucar buku
Dengan peruntukan sebanyak RM120 Juta, 1.2 juta pelajar dijangka akan mendapat manfaat daripada bantuan ini mengikut pengkalan data lama (tahun sebelumnya)
Kementerian Pendidikan akan mengumumkan maklumat lanjut mengenai perincian pelaksanaan BPPT 2019 serta kriteria kelayakan penerima kelak
Keputusan ini dilakukan mengikut usulan Kementerian Pendidikan bagi meringankan beban kewangan pelajar di IPT serta selari dengan keputusan kerajaan pada 20 Februari yang lalu untuk memberikan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berjumlah RM100 kepada setiap individu bujang yang layak
Permohonan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat 2019
Pelajar boleh membuat Permohonan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat bagi mendapatkan bantuan RM100 secara online bermula 1 April 2019 menerusi Bank Rakyat yang bertindak sebagai agensi pelaksana serta menguruskan permohonan dan pengeluaran kad tersebut Untuk membuat permohonan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat, sila klik pada judul pautan dibawah. Terdapat 2 kategori penerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT). Tarikh akhir bagi permohonan BPPT 2019 adalah pada 30 April 2018 (Selasa). 
1) Pelajar Yang Baru Memohon Atau Pelajar Yang Telah Menutup Akaun BPPT 2018
Untuk pelajar yang masih belum mempunyai Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat (Penerima BPPT Baharu). Pelajar boleh membuat semakan kelayakan permohonan BPPT bermula 28 Mac 2019. Sekiranya layak, pelajar boleh terus membuat permohonan
2) Pelajar Yang Telah Menerima BPPT 2018 Dan Akaun Simpanan-i aktif
Pelajar yang telah mempunyai Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat adalah tidak perlu membuat permohonan kad yang baharu. BPPT akan disalurkan kepada yang pelajar yang layak (iaitu memenuhi syarat kelayakan permohonan) bermula 28 Mac 2019 secara berperingkat. Semakan boleh dibuat di iRakyat, ATM dan CDM Bank Rakyat
Semakan Status Keputusan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat
Semakan status nama yang berjaya menerima bayaran BPPT boleh disemak di Bank Rakyat (untuk penerima BPPT sedia ada) pada hari Khamis, 28 Mac 2019. Semakan status kelayakan BPPT boleh dibuat melalui portal Bank Rakyat mulai tarikh tersebut.

Sila Klik Link SEMAKAN KELAYAKAN BPPT

SYARAT KELAYAKAN MENERIMA BANTUAN PENDIDIKAN TINGGI : KAD DEBIT PELAJAR KADS1M 2019 DAN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN 

Pelajar yang layak menerima Bantuan Pendidikan Tinggi bernilai RM100 mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut

Syarat Dan Kriteria Kelayakan Dapat Bantuan Pendidikan Tinggi (RM100) Melalui Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat
1. Warganegara Malaysia
2. Mempunyai status aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember 2018 di institusi pendidikan dalam Malaysia seperti dinyatakan berikut:
a. Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional , Matrikulasi, Pengajian Asas
(Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia; 
b. Intitut Pengajian Tinggi (IPT) di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akata yang berkuatkuasa; atau
c. Mendapat pertimbangan daripada YB Menteri Pendidikan berdasarkan kriteria / syarat kelayakan seperti di atas
Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat
1. Kerajaan mendebitkan bantuan pendidikan tinggi sejumlah RM100 ke dalam kad tersebut dengan tujuan bagi mengekang penyalahgunaan penggunaan pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) seperti yang dilaksanakan sebelum ini di kalangan pelajar
2. Bantuan bernilai RM100 tidak lagi disalurkan dalam bentuk baucar sebaliknya ia didebitkan ke dalam Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat
3. Pelajar boleh membeli buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet di premis-premis perniagaan yang mengambil bahagian dengan menggunakan kad tersebut 
4. Selain bantuan RM100, dengan kad tersebut juga pelajar boleh mendapat diskaun ditawarkan oleh syarikat-syarikat (rakan dagang seperti pautan di bawah) yang mengambil bahagian bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing
sila klikRakan Dagang Kad Diskaun Siswa
Kadar Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2019
Setiap pelajar yang berkelayakan akan menerima BPPT berjumlah RM100
3 Langkah Mudah Dapatkan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat 
1. Isi borang e-Permohonan
sila klikPermohonan Online Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2019
2. Status permohonan akan disahkan melalui emel
3. Kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan untuk pengambilan Kad Debit Bank Rakyat.  Tarikh akhir bagi pengambilan kad tersebut di semua cawangan Bank Rakyat adalah pada 31 Julai 2019
Status Permohonan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat
Sekiranya pelajar memenuhi  semua kriteria kelayakan untuk menerima BPPT 2019 tetapi semakan menunjukkan status “TIADA REKOD” Pelajar perlu menghubungi dan memaklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar di institusi masing-masing bagi mengemaskini data di MyMohes (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti) / e-IPTS (IPT swasta) / penyelaras agensi mulai 28 Mac 2019 sehingga selewat-lewatnya pada 28 April 2019
Bagi pelajar yang telah membuat permohonan, boleh hadir ke mana-mana cawangan Bank Rakyat bagi mengambil Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat selepas semakan status bertukar kepada “BPPT TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN SIMPANAN-i BANK RAKYAT ANDA”
Tarikh Penting Permohonan BPPT 2019 Online
Perkara Pelajar Sedia Ada (Sudah Memiliki Kad)Pelajar Baru (Tiada Kad) / Akaun telah ditutup
Tempoh Semakan Kelayakan28 Mac 2019 – 28 April 201928 Mac 2019 – 28 April 2019
*Tempoh Pengemaskian Data jika status “TIADA REKOD” 28 Mac 2019 – 28 April 201928 Mac 2019 – 28 April 2019
Tempoh Permohonan bagi pelajar “LAYAK”Tidak perlu memohon/BPPT 2019 akan dikreditkan terus ke akaun sedia ada1 April 2019 – 30 April 2019
Tempoh Permohonan bagi pelajar “TIADA REKOD”Tidak Berkaitan10 Mei 2019 – 31 Mei 2019
Tempoh Semakan Status PermohonanTidak BerkaitanSemakan status permohonan boleh dibuat 2 minggu selepas tarikh permohonan sehingga 30 Jun 2019
Tempoh Pengambilan KadTidak BerkaitanSelewat-lewatnya pada 31 Julai 2019
Maklumat Lanjut Permohonan Dan Semakan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat
Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila berurusan dengan pihak pentadbiran IPT masing-masing atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan