hit counter
weblog mysumber

kajol kelantan sudah berubah perwatakan

06:30 Redaksi Admin
Kajol Kelantan sudah berubah perwatakan

kajol kelantankajol kelantan sudah berubah perwatakan

Kota Bharu – Penyanyi mak nyah terkenal Kelantan, Kajol, yang menyepi sejak sekian lama selepas terbabit dalam beberapa kontroversi, hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam dengan penampilan mengejutkan apabila berpakaian lelaki lengkap dengan kopiah putih

Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri, 26, hadir bagi mendengar keputusan rayuan terhadap hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, pada 21 Jun tahun lalu, atas kesalahan berpakaian dan berlagak seperti perempuan

Dalam prosiding semalam, Mahkamah Tinggi Syariah menerima rayuan terhadap hukuman berkenaan dan Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam keputusannya turut menangguhkan pelaksanaan hukuman itu selama setahun

Bagaimanapun, Kajol disyaratkan berkelakuan baik dan tidak mengulangi kesalahan sama sepanjang tempoh berkenaan

Terdahulu diberitakan juga dirinya disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, dan digam stesen radio swasta terkenal Kelantan, Manisfm