Cara Kemaskini BR1M 2020 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup

Pengemaskinian maklumat peribadi penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada iaitu yang pernah menerima bantuan tersebut sebelum ini perlu dibuat bagi memastikan penerima tidak tercicir daripada menerima BR1M pada tahun 2020

Saranan bagi tujuan pengemaskinian adalah untuk melancarkan atau memudahkan proses penyaluran Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada penerima berdasarkan maklumat rekod terkini

Pengemaskinian termasuklah bagi penukaran nombor telefon, nombor akaun bank, alamat surat-menyurat dan juga status berkahwin atau bercerai bagi seseorang individu

Cara Kemaskini BR1M 2020 Bantuan Rakyat 1Malaysia Online Dan Manual

Berikut adalah maklumat berkaitan dengan pengemaskinian BRIM 2020 bagi penerima sedia ada yang mahu atau perlu membuat kemaskini butiran mereka

Pertukaran Nama BR1M Kepada BSH

  • Untuk pengetahuan semua, bermula tahun 2018, Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M telah digantikan namanya dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat atau BSH
  • Walaupun namanya berubah, pemberian bantuan kewangan kepada rakyat ini masih menggunakan mekanisme yang sama kecuali perubahan dalam jenis kategori penerima bantuan
  • Justeru itu penerima masih perlu membuat kemaskini terhadap permohonan melalui panduan pengemaskinian BSH yang disertakan di bawah:
  • Cara Kemaskini BSH 2020 Secara Online

Kemaskini Maklumat

Pengemaskinian maklumat penerima BR1M sedia ada adalah merujuk kepada perkara berikut

  • Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) tahun permohonan
  • Terdapat perubahan maklumat peribadi seperti kematian pasangan / tanggungan
  • Perubahan status perkahwinan, perubahan alamat / nomber telefon dan perubahan waris

Maklumat Penting Yang Perlu Dikemaskini

1. Status Perkahwinan
Kahwin, cerai atau kematian pasangan (nyatakan tarikh perceraian / kematian pasangan)
2. Alamat surat menyurat terkini dan e-mel
3. Nombor telefon bimbit dan rumah
4. Maklumat akaun bank (persendirian sahaja)
5. Maklumat Pasangan dan Tanggungan
Pastikan maklumat nombor pengenalan seperti myKad, myPR, myKAS, myKID, Pasport dan Visa serta Sijil Lahir diisi dengan tepat dan jelas
6. Maklumat Waris
i. Sekiranya waris asal yang dinamakan telah meninggal dunia
ii. Bagi membolehkan waris membuat tuntuan Skim Khairat Kematian (SKK) dan baki duit BR1M

*Pengemaskinian maklumat adalah penting bagi mengelakkan permohonan ditolak

Cara Membuat Kemaskini BR1M 2018 Onlien Dan Manual (Guna Borang)

Berikut adalah info berkaitan cara membuat pengemaskinian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2018 secara atas talian (online) atau manual (guna borang)

Tarikh Rasmi Kemaskini BR1M 2018 

1. Kemaskini BR1M 2018 Online

Pengemaskinian BR1M secara online boleh dibuat melalui portal rasmi E-BR1M yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Penerima disarankan mencetak salinan pengemaskini dan perlu disimpan sebagai rujukan

Untuk membuat pengemaskinian sila layari Portal Rasmi BR1M menerusi judul pautan di bawah bermula tarikh kemaskini dibuka

*Sila buat pengemaskinian dengan hanya menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan sama ada dengan cara online ataupun manual (guna borang) bagi mengelakkan duplikasi kandungan maklumat dan identiti pemohon

2. Kemaskini BR1M 2018 Manual (Guna Borang)

Borang kemaskini BR1M 2018 boleh didapati melalui Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan atau muat turun di Portal Rasmi e-BR1M

Borang permohonan yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh akhir

Muat Turun Borang Kemaskini BR1M 2018

Waktu Operasi Kaunter BR1M LHDNM

Lain-Lain Berkaitan Kemaskini BR1M 2018

Tidak Perlu Membuat Permohonan Baru

Penerima sedia ada tidak perlu lagi mengemukakan permohonan baharu sebaliknya hanya perlu membuat kemaskini mulai tarikh pengemaskinian maklumat bagi BR1M 2018 di buka

Bagi penerima yang tidak memberikan maklumat nombor akaun bank pada permohonan lalu, disyorkan memberikan maklumat akaun bank untuk BR1M 2018 melalui sistem kemaskini online (E-BR1M) atau manual (guna borang) bagi memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan

Kenapa Perlu Kemaskini BR1M 2018

  • Banyak permohonan yang gagal disebabkan maklumat peribadi seperti no kad pengenalan yang tidak tepat dan jelas
  • Pembayaran BR1M tahun 2018 akan dibuat secara berperingkat. Pemohon perlu mengemukakan maklumat akaun bank supaya bayaran dapat dibuat dengan lebih cepat
  • Banyak surat kelulusan tidak dapat diposkan kerana alamat salah dan tidak lengkap
  • Maklumat waris penting dinyatakan supaya pembayaran Skim Khairat Kematian (SKK) dan baki BR1M dapat dibuat dengan sempurna
  • Akaun Bank yang dikemukakan mestilah tepat agar tidak berlaku kesilapan atau kegagalan pembayaran kepada pemohon yang berjaya
  • Kegagalan penerima sedia ada mengemaskini dan mengemukakan maklumat secara tidak tepat dan terkini boleh menyebabkan permohonan gagal atau lambat diproses

Nota

Sesetengah penerima BR1M sebelum ini beranggapan tidak perlu lagi membuat kemaskini kerana apabila membuat semakan keputusan, status permohonan menunjukkan sudah didaftarkan

Sebagai makluman, status didaftarkan tanpa membuat kemaskini itu tidak semestinya permohonan telah diterima terutamanya bagi penerima BR1M 2015 yang tidak mengemaskini maklumat pada BR1M 2016 dan 2017

Oleh itu, penerima sebelum ini yang tidak membuat pengemaskinian pada BR1M 2018 boleh menyebabkan permohonan tidak diproses kecuali bagi warga emas sebatang kara

Meskipun butiran maklumat yang telah di hantar / dilengkapkan pada BR1M terdahulu itu tidak perlu membuat sebarang pindaan, namun penerima sedia ada disarankan membuat / menghantar pengemaskinian untuk BR1M 2018 bagi mengesahkan bahawa penerima masih wujud selain maklumat tersebut dapat diverifikasi sebagai yang terkini

FAQ : Soalan Sering Ditanya Dan Jawapan – Penting!

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke br1m@treasury.gov.my

Berhubung terus ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan langsung, sila hanya melayari Facebook rasmi (LHDNM) di pautan berikut

Sebelum membuat sebarang pertanyaan, sila rujuk dahulu kepada ruangan komen di FB rasmi LHDNM yang berkaitan dengan BR1M kerana kebanyakan soalan yang sering ditanya telahpun dijawab oleh Admin / Moderator FB rasmi LHDNM

Respon Pengemaskinian

Notis dan surat pemakluman lulus atau gagal pengemaskinian BR1M 2018 akan diposkan kepada pemohon selain pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan secara online mulai tarikh yang akan diumumkan

Bagi yang berjaya, bayaran BR1M akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat mengikut tarikh yang akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan