kematian ahmad ammar ahmad azam pelajar malaysia di turki

11:16 Redaksi Admin
Terima Kasih! 'Share'
Kisah kematian Ahmad Amar Ahmad Azam pelajar Malaysia di Turki

Ahmad Amar Ahmad Azam

Pemergian Ahmad Ammar ke rahmatullah meninggalkan pelbagai kisah positif tentang dirinya pasti terus diingati oleh seluruh rakyat Malaysia dan juga di negara Turki yang mengenali arwah

Baru-baru ini sebuah video berdurasi hampir 30 minit, berkaitan dengan Ahmad Ammar telah banyak dikongsikan oleh pengguna laman sosial sekali gus telah membuatkan masyarakat tertanya-tanya siapakah Ahmad Amar bin Ahmad Azam ini

Semoga rohnya dirahmati ALLAH dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman – AL Fatihah

Arwah merupakan seorang pelajar jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Ahmad Ammar meninggal dunia pada 2 november 2013 kerana terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Istanbul, Turki

Jika menonton video berjudul Ahmad Ammar dalam kenangan (1993-2013) dilihat begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur

Ini kerana, pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama

Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan

Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa

Ahmad Ammar juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam

jenazah ahmad ammar ahmad azam

foto ahmad ammar ahmad azam 1

Disolat dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan

Jenazah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam disolat dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul. Di sana juga terdapat maqam sahabat Rasulullah S.A.W yakni Abu Ayub Al-Ansari R.A

Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan menghadap Laut Golden Horn

Tanah perkuburan tersebut juga menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama

Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di situ

foto ahmad ammar ahmad azam 2

Informasi ini disiarkan pada 21-11-2013, Khamis