Semakan keputusan BR1M 2017 status permohonan dan kemaskini

09:45 Redaksi Admin

BRIM Check Status Permohonan Kemaskini Bantuan Rakyat 1Malaysia EBR1M Terkini

Pemohon baru dan penerima sedia ada boleh membuat semakan status Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2017 secara atas talian (online) bagi mengetahui sama ada Permohonan atau Kemaskini yang dibuat telah diluluskan atau berjaya

Bagaimanapun, keputusan Status Permohonan mahupun Pengemaskinian tersebut mungkin mengambil sedikit masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dan verifikasi kelayakan dari agensi-agensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia

Tarikh rasmi bagi tujuan Semakan secara online status kelulusan Permohonan atau Kemaskini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2017) akan ditetapkan dan dimaklumkan kepada pemohon kelak

SEMAKAN KEPUTUSAN BR1M 2017 STATUS KELULUSAN PERMOHONAN ATAU STATUS KEMASKINI

Maklumat pemohon akan disemak dengan agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia seperti berikut
Bil Nama Agensi Bil Nama Agensi
1 Jabatan Pendaftaran Negara 7 Polis Diraja Malaysia
2 Angkatan Tentera Malaysia 8 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
3 Jabatan Akauntan Negara Malaysia 9 Kumpulan Wang Amanah Pencen
4 Jabatan Perkhidmatan Awam 10 Jabatan Pengangkutan Jalan
5 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 11 Kementerian Pendidikan Tinggi
6 Jabatan Agama Islam Negeri 12 Suruhanjaya Syarikat Malaysia

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS KELULUSAN PERMOHONAN ATAU STATUS KEMASKINI BR1M 2017

Pemohon boleh membuat semakan tersebut secara atas talian (online) dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut
1
Layari Sistem Aplikasi Semakan Status BR1M Tahun 2017 menerusi judul pautan di bawah
Sila Klik LinkSistem AplikasiSistem Aplikasi Semakan Status Kelulusan Permohonan Atau Status Kemaskini BR1M 2017

Semakan BRIM 1

2
Sila masukkan atau lengkapkan No. Mykad anda di ruang yang tersedia
Klik pada butang Semakan Status Permohonan
Sebelum berjaya mengakses sepenuhnya sistem aplikasi status permohonan anda diminta untuk menjawab soalan keselamatan contohnya seperti pada lampiran

Semakan BRIM 2

3. Soalan Keselamatan
Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan membuat semakan status
Soalan keselamatan dan jawapan kepada soalan tersebut adalah berdasarkan maklumat terkini yang diisi oleh pemohon semasa membuat permohonan baharu ataupun kemaskini

Sila pilih dua soalan keselamatan yang betul-betul anda ingat jawapannya untuk mengelakkan sebarang masalah seperti kegagalan untuk mengakses sistem semakan status permohonan BR1M

Jika jawapan kepada soalan keselamatan yang pertama anda Hantar itu betul, soalan keselamatan kedua akan menyusul. Sila lakukan perkara yang sama iaitu jawab dengan betul dan klik pada butang Hantar
Sekiranya anda tidak yakin dengan jawapan bagi soalan keselamatan itu, sila klik butang Tukar Soalan dan buat pilihan soalan lain
Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan
Jika jawapan yang diberikan itu masih salah, peringatan seperti berikut akan dipaparkan

Semakan Secara Dalam Talian Gagal. Sila Rujuk ke Cawangan LHDNM yang berdekatan

4. Paparan Status Permohonan
Setelah berjaya melepasi peringkat ini, status permohonan anda akan diberitahu dan dipaparkan selain boleh mencetak lampiran tersebut

Semakan BRIM 3

NOTA PENERANGAN MENGENAI STATUS SEMAKAN

Status Penerangan
Diterima Permohonan Anda Telah Berjaya Didaftar
Dalam Proses Permohonan Anda Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
Ditangguhkan Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan
Lulus Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
Tidak Lulus Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
Status Kredit Tidak Berjaya Surat maklum lulus Gagal Kredit akan diPos kepada pemohon dan perlu membawa surat tersebut bersama Kad Pengenalan Asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja
Info
Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan
Sila bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my
Soalan Sering Ditanya Jawapan
Status Permohonan Saya [Diterima]

Status ini menunjukkan permohonan anda telah berjaya didaftar dan akan melalui peringkat seterusnya

Status Permohonan Saya [Dalam Proses] atau [Ditangguhkan]

Ia menunjukkan bahawa permohonan anda dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan

Sila membuat semakan dari semasa ke semasa untuk status terkini

Sekiranya status memaparkan “Ditangguhkan” pemohon perlu membuat kemaskini maklumat permohonan

Status Permohonan Saya [Lulus]

Status tersebut menunjukkan permohonan anda diluluskan atau berjaya

Status Permohonan Saya [Tidak Lulus]

Status tersebut menunjukkan permohonan anda tidak diluluskan atau tidak berjaya

Saya ingin membuat semakan tetapi data menunjukkan no Mykad tidak wujud walaupun sebelum ini saya telah melengkapkan dan menghantar permohonan

Jika anda mengalami masalah ini, anda perlu berhubung terus kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan dan nyatakan masalah anda

Permohonan saya diluluskan. Bila saya akan dapat duit BR1M

Bagi kategori bujang ia akan dibayar sekaligus

Kategori isirumah akan menerima pembayaran secara tiga fasa

Sila Klik LinkJadual Tarikh Pembayaran BR1M 2017

Kenapa rakan, saudara mara saya sudah dapat duit BR1M tetapi saya belum lagi, permohonan saya sudah disahkan diluluskan

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat, sila nantikan giliran pembayaran untuk anda

Untuk mengemukakan sebarang aduan sekiranya duit BR1M belum dapat dari tarikh yang sepatutnya diterima

Sila Klik LinkAduan Masalah Duit BR1M Belum Dapat Pastikan Guna Saluran Yang Betul

Cara Pembayaran Diterima?

Duit BR1M akan disalurkan terus ke akaun bank simpanan penerima secara berperingkat-peringkat sekiranya memberikan maklumat no akaun semasa membuat permohonan atau pengemaskinian

Manakala sebahagian kecil penerima yang belum memiliki akaun bank akan menerima BR1M dalam bentuk baucar

Kecepatan pengkreditan duit bantuan BR1M ke dalam akaun simpanan turut bergantung kepada sistem bank penerima

Penerimaan duit BR1M dalam bentuk baucar berkemungkinan lewat berbanding penerima yang memilih pembayaran BR1M disalurkan melalui akaun simpanan bank

Boleh saya tahu punca permohonan tidak diluluskan atau tidak berjaya
Bolehkah saya membuat rayuan selepas permohanan saya disahkan tidak berjaya

Berkenaan perkara ini, nantikan pengumuman lanjut daripada kerajaan yang akan dihebahkan oleh media rasmi (media arus perdana)

Adakah surat pemberitahuan status permohonan akan dihantar ke alamat pemohon atau penerima

Ya, pemohon atau penerima turut dimaklumkan mengenai status dan maklumat lengkap BR1M menerusi surat pemberitahuan yang akan dihantar ke alamat yang ada dalam rekod data

Bagaimana waris boleh membuat tuntutan Skim Khairat Kematian untuk BR1M 2017 dan apakah prosedur dan dokumen yang diperlukan
Saya memerlukan keterangan lanjut sebab info-info yang dinyatakan tiada kaitan langsung dengan masalah BR1M saya

Anda disarankan menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun terus ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan

Pertanyaan langsungSila Klik LinkFacebook Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Respon Keputusan Permohonan BR1M 2017
Notis dan surat pemakluman lulus atau gagal permohonan BR1M 2017 akan diposkan kepada pemohon mulai minggu kedua Februari 2017
Bagi setiap permohonan yang berjaya, bayaran BR1M akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat pada pertengahan Februari tahun 2017 dan tarikh yang tepat pengkreditan akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share