Semakan Keputusan Kolej Vokasional KV dan Sekolah Teknik SMT 2024

Sekolah

Sekolah

Calon-calon (pelajar) yang telah membuat application ke Program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2024 boleh menyemak keputusan kv smt atau membuat semakan status tawaran secara dalam talian (online)

Sebarang pengumuman atau pemberitahuan berkaitan dengan Keputusan dan Tawaran ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2024 akan diumumkan melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Dalam pada itu, MYsumber akan memaklumkan info seperti tarikh semakan boleh dibuat dan pautan (link) sistem aplikasi semakan keputusan tawaran secara online serta cara membuat rayuan bagi calon yang tidak berjaya

Selamat berjaya buat calon yang membuat permohonan ke KV dan SMT. Semoga permohonan diluluskan dan berjaya menyambung pelajaran dalam bidang yang diinginkan. Bagi yang tidak lulus jangan risau masih ada peluang melalui permohonan rayuan

Semakan Keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2024

Berikut adalah maklumat bagi tahun 2024 untuk rujukan. Sila ikuti maklumat tersebut menerusi ruangan dibawah

Tarikh Semakan Keputusan Tawaran KV & SMT

Tarikh yang dinyatakan adalah rasmi~

  • Dibuka : 1 Mac 2024 (Sesi 2023: 17 Mac 2023)
  • Ditutup : 18 Mac 2024 (Sesi 2023: April 2023)

Mekanisme Semakan Tawaran Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik

Terdapat dua kaedah semakan yang boleh digunakan oleh calon untuk membuat keputusan tawaran seperti berikut:

1. Semakan Secara Online

*Sistem aplikasi semakan hanya diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh seperti yang telah dinyatakan

Sila masukkan / lengkapkan No MyKad anda dalam ruangan yang disediakan di laman sistem aplikasi semakan berkenaan

Kemudian klik pada butang Semakan untuk mengetahui status keputusan tawaran

2. Semakan SMS

  • Semakan melalui perkhidmatan SMS tidak disediakan

Pelajar Berjaya (Cetakan Tawaran Dan Pendaftaran)

  1. Pelajar yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan
  2. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak KV / SMT semasa hari pendaftaran mengikut ketetapan tarikh yang telah dinyatakan dalam surat tawaran

Pelajar Gagal Rayuan

  1. Pelajar yang gagal dalam mendapat tawaran boleh mengemukakan rayuan

Tarikh Penting KV / SMT 2024, Semakan Keputusan, Rayuan & Pendaftaran 

Berikut adalah tarikh penting untuk permohonan ke KV / SMT bagi ambilan 2024:

BilPerkaraTarikhTindakan / Nota
1.Sistem Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dibuka dan ditutup1 Ogos 2023 – 17 September 2023Pelajar
2.Semakan Pusat PKSK25 September 2023 – 13 Oktober 2023Pelajar
3.Semakan keputusan tawaran ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT)1 Mac 2024Pelajar murid Aliran Perdana, semakan tawaran boleh dibuat secara online di laman sesawang KPM· Bagi murid Aliran PAV, surat tawaran akan diserahkan kepada guru SMK PAV oleh KV yang terlibat
4.Pendaftaran Murid18 Mac 2024Pelajar
5.Rayuan1 – 18 Mac 2024Calon (pelajar rayuan) boleh hadir terus ke institusi yang terlibat atau yang dipohon untuk membuat rayuan bermula pada tarikh yang akan dinyatakan
6.Keputusan RayuanSelepas 19 Mac 2024Pelajar

Nota: Walk-in / rayuan adalah bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan