Semakan keputusan MUET Sesi 1 2023 Online dan SMS

Pendidikan

Pendidikan

Calon ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi Mac 2023 boleh membuat semakan serta mendapatkan keputusan MUET March 2022 (sesi 1)  masing-masing lazimnya pada minggu pertama bulan Mei 2023.

Calon juga boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan setelah membuat semakan keputusan Malaysia University English Test (MUET)

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan memaklumkan tarikh sebenar (rasmi) keputusan MUET sesi Mac 2023 dikeluarkan pada hari bekerja menerusi portal rasmi MPM yang akan dikemaskini di bawah.

Semakan Keputusan MUET Sesi 1 2023 Secara Online Dan SMS

Dalam pada itu, calon yang berkenaan boleh juga mendapatkan maklumat bila tarikh Result MUET March 2023 akan dikeluarkan serta kaedah yang disediakan untuk membuat semakan iaitu secara aplikasi atas talian (online) dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS), sila rujuk kepada ruangan yang disediakan seperti berikut

Tarikh Rasmi Keputusan (Result) Malaysian University English Test (MUET) Mac 2023 Diumumkan

Tarikh ujian MUET boleh disemak yang dinyatakan adalah tarikh RASMI seperti makluman Portal MPM:

  • Semakan Dibuka : 8 Jun 2023, 10 pagi (Khamis)

Pautan Laman Sistem Aplikasi Semakan Online MUET March 2023 Result

Sistem semakan hanya diaktifkan bermula pada tarikh dan masa hebahan keputusan

Semakan secara atas talian (online) atau SMS boleh dibuat selepas jam 10:00 pagi

Pada hari pertama semakan boleh dibuat, anda berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem aplikasi semakan berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server

Anda dinasihatkan melayari laman sistem aplikasi semakan online berkenaan bukan di waktu puncak hari keputusan peperiksaan MUET

Berikut adalah infografik rasmi tarikh keputusan MUET Sesi 1 2023 yang dikongsikan oleh MPM untuk rujukan

Semakan-Keputusan-MUET-Mac-2023-Online-Sesi-2

Semakan Keputusan MUET Sesi Mac 2023 Menggunakan Perkhidmatan SMS

Semakan keputusan melalui pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut

Taip: MUET (jarak) RESULT (jarak) No. Kad Pengenalan seterusnya hantar ke 15888

Permohonan Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET MAC 2023

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET Mac 2023 yang diperolehi boleh membuat permohonan rayuan penyemakan semula. Permohonan rayuan penyemakan semula boleh dibuat melalui sistem semak semula MUET pada tarikh yang akan dikemaskini. Hanya permohonan engkap diterima di MPM

Sebarang keterangan dan maklumat lanjut cara semak keputusan MUET dan penyemakan semula keputusan ujian adalah dengan sewajarnya melayari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM):

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan