Tarikh Keputusan Keseluruhan STPM 2023 Diumumkan 2024

Pendidikan

Tarikh keputusan keseluruhan STPM 2017 diumumkan bulan Mac 2018

Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2022 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan keseluruhan STPM 2022 masing-masing pada satu tarikh dalam bulan Julai 2023. Maklumat bagi STPM 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Berdasarkan semakan MYsumber terhadap tarikh keputusan STPM dikeluarkan bagi tahun-tahun sebelumnya mendapati Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan memilih satu tarikh pada hujung bulan Februari atau awal Mac untuk mengumumkan keputusan keseluruhan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Namun disebabkan pandemik COVID-19, keputusan bakal diumumkan lewat ke pertengahan tahun

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia boleh didapati dengan beberapa kaedah termasuklah secara atas talian atau online dan juga melalui SMS

Tarikh Dan Semakan Keputusan STPM 2022 Secara Online Dan SMS

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat lengkap berhubung dengan tarikh rasmi keputusan STPM 2022 dikeluarkan serta cara untuk mendapatkan keputusan (result) STPM 2022 secara manual (melalui sekolah) atau online (semakan dalam talian).

Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

  • Tarikh : 13 Julai 2023 (Khamis)
  • Masa : 11.30 pagi

Tarikh rasmi selepas pengumuman dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Mekanisme Semakan Keputusan STPM 2022

i) Semakan Online Result Penuh STPM 2022

Sistem aplikasi semakan bagi keputusan keseluruhan STPM 2022 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta masa keputusan diumumkan 13 Julai 2023 (Khamis) mulai jam 11.30 pagi

Sila masukkan / lengkapkan No Kad Pengenalan dan Angka Giliran dalam ruangan yang tersedia di laman sistem aplikasi semakan berkenaan

Pada hari pertama semakan boleh dibuat, anda berkemungkinan akan menghadapi gangguan capaian untuk mengakses laman sistem semakan berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server

Calon-calon disarankan melayari laman sistem aplikasi semakan online berkenaan bukan di waktu puncak

ii) Semakan SMS

Taip : STPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) Angka Giliran Hantar Ke 15888

  • Contoh : STPM 970224136414 A103456 Dan Hantar Ke 15888

Perkhidmatan disediakan bermula pada 13 Julai 2023 mulai jam 11:00 pagi.

Keputusan Penuh STPM 2022

Calon Sekolah : Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan keseluruhan peperiksaan STPM 2022 di sekolah masing-masing mulai jam 11.30 pagi

Calon Persendirian : Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar STPM

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan