Semakan Keputusan Politeknik 2024 Premier Konvensional METrO

UPU

UPU

Calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setaraf yang telah mengemukakan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Premier, Konvensional / METrO bagi pengambilan sesi 1 2024/2025 boleh membuat semakan status permohonan secara atas talian (online)

Keputusan permohonan melalui UPUonline bagi kemasukan ke Politeknik boleh di semak bermula pada tarikh yang akan dikemaskini, tarikh semakan sesi tahun lepas adalah 7 Julai 2023.

Semakan Keputusan Permohonan Politeknik 2024 Premier Konvensional/ Metro

Maklumat yang berkaitan tahun 2024/2025 sila rujuk kepada ruangan di bawah.

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi 1 2024/2025

Sistem Aplikasi Semakan Politeknik : Calon yang mengemukakan permohonan menerusi UPUOnline (calon lepasan SPM tahun 2021-2023)

Sistem Aplikasi Semakan Politeknik

Calon yang mengemukakan permohonan menerusi eBorang Politeknik (calon lepasan SPM tahun 2021-2023)

  • Semakan Dibuka : 1 Julai 2024
  • Semakan Ditutup : 8 Julai 2024

Tarikh semakan dibuka / ditutup adalah rasmi. Sila membuat semakan mengikut ketetapan tempoh yang dinyatakan

Semakan Secara Online

Nota : Sistem Aplikasi semakan hanya akan diaktifkan bermula tarikh hebahan keputusan diumumkan. Pada hari pertama semakan boleh dibuat, pemohon berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem aplikasi semakan saluran utama berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server

Bagi calon lepasan 2019 ke bawah dan lulusan lain selain SPM semakan boleh dibuat bermula:

  • Semakan Dibuka : 1 Julai 2024
  • Semakan Di tutup : 8 Julai 2024

Semakan boleh dibuat melalui pautan di bawah:

Pengesahan / Cetakan Surat Tawaran

Calon (pemohon) yang berjaya ditawarkan ke Politeknik Premier, Konvensional/METrO boleh membuat cetakan surat tawaran di Portal Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik, mulai tarikh 1 Julai 2024

Sila klik butang “Saya menerima tawaran ini” sebagai pengesahan penerimaan tawaran sebelum 8 Julai 2024.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9263/ 9340 atau mana-mana Politeknik yang berdekatan

Diploma Sepenuh Masa Melalui eBorang Politeknik

Berikut adalah tarikh-tarikh berkaitan permohonan diploma sepenuh masa:

  • Borang Permohonan Dibuka : 3 April 2024
  • Borang Permohonan Ditutup : 10 Mei 2024
  • Semakan Panggilan Temuduga : Mulai 20 Mei 2024
  • Sesi temuduga : 27 – 31 Mei 2024
  • Semakan Keputusan Permohonan : 1 Julai 2024
  • Rayuan Dibuka : 1 Julai 2024
  • Rayuan Ditutup : 8 Julai 2024
  • Semakan Keputusan Rayuan : Mulai 8 Ogos 2024
  • Pendaftaran Pelajar Bermula : bermula 28 Julai 2024

Calon yang berminat untuk memohon program diploma sepenuh masa boleh menyemak maklumat berkaitan pada pautan di bawah:

Sijil Kolej Komuniti

Di bawah pula adalah tarikh-tarikh penting bagi program Sijil Kolej Komuniti:

  • Permohonan Dibuka : 3 April 2024
  • Permohonan Ditutup : 10 Mei 2024
  • Semakan temuduga : Mulai 20 Mei 2024
  • Sesi temuduga : 27 – 31 Mei 2024
  • Semakan Keputusan Permohonan : 1 Julai 2024
  • Pendaftaran pelajar : bermula 28 Julai 2024

Untuk mendapatkan maklumat lain yang berkaitan dengan kemasukan ke Sijil Kolej Komuniti, klik pada pautan berikut:

Sijil Kemahiran Khas Politeknik Melalui eBorang Politeknik

Dibawah adalah tarikh-tarikh berkaitan permohonan diploma sepenuh masa:

  • Borang Permohonan Dibuka : –
  • Borang Permohonan Ditutup : –
  • Semakan Keputusan Permohonan : –
  • Rayuan Dibuka : –
  • Rayuan Ditutup : –
  • Semakan Keputusan Rayuan : –
  • Pendaftaran Pelajar Bermula : –

Berikut adalah perincian lain untuk permohonan sijil kemahiran khas politeknik :

Sarjana Muda Politeknik

Untuk permohonan kemasukan ke Politeknik bagi program Sarjana Muda, berikut adalah tarikh-tarikh penting yang berkaitan:

  • Permohonan Dibuka : 15 Mei 2024
  • Permohonan Ditutup : 14 Julai 2024
  • Semakan Panggilan Temuduga : 21 Julai 2024
  • Sesi temuduga : 25 – 28 Julai 2024
  • Semakan Keputusan Permohonan : 11 Ogos 2024
  • Rayuan Dibuka : 11 Ogos 2024
  • Rayuan Ditutup : 20 Ogos 2024
  • Semakan Keputusan Rayuan : 25 Ogos 2024
  • Pendaftaran Pelajar : bermula 3 September 2024

Untuk melihat syarat kemasukan, senarai program yang ditawarkan dan yuran yang dikenakan bagi program Sarjana Muda boleh disemak pada pautan di bawah:

Diploma Separa Masa (KSS), Pra Diploma Politeknik, Sijil Kemahiran Politeknik

Kemasukan untuk sesi 1 2024/2025 akan diumumkan kemudian

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan Politeknik Premier, Konvensional/METrO, sila layari Portal Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan