Tarikh Keputusan PT3 2019 Diumumkan Pada Disember

Pendidikan

Pendidikan

Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2019 boleh mendapatkan pernyataan keputusan PT3 masing-masing pada satu tarikh dalam bulan Disember 2019

Untuk pengetahuan calon, pihak pengurusan sekolah masing-masing akan memberitahu tarikh majlis penyerahan keputusan pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019 kepada calon yang terbabit

Oleh itu, sila dapatkan maklumat lanjut mengenai tarikh penyerahan keputusan pelaporan PT3 2019 daripada pihak sekolah masing-masing

Tarikh Dan Semakan Keputusan PT3 Tahun 2019 Secara Online Dan SMS

Pada tarikh rasmi keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) diumumkan, semua calon yang terbabit boleh mendapatkan pernyataan keputusan di sekolah masing-masing jam 10 pagi (waktu umum), bagaimanapun terdapat sekolah yang mengadakan majlis penyerahan keputusan pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019 bermula jam 8 atau 9 pagi

Berikut adalah ruangan maklumat terkini berkaitan tarikh rasmi keputusan peperiksaan PT3 2019 diumumkan dan cara untuk mendapatkan keputusan masing-masing serta panduan permohonan penyemakan semula keputusan PT3

Result Pentaksiran Tingkatan 3

Tarikh pengumuman keputusan PT3 2019

  • 19 Disember 2019 (Khamis)
  • Masa : 8 / 9 / 10 Pagi
  • Tempat : Dewan Sekolah
  • Pakaian : Uniform Sekolah (umum) atau etika berpakaian yang ditetapkan oleh sekolah masing-masing

Tarikh dan masa yang dinyatakan adalah RASMI

Keputusan Pelaporan PT3 2019

Calon Sekolah : Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan

Calon Persendirian : Calon persendirian boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar PT3

Senarai pelaporan yang akan diterima oleh calon

a. Pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
b. Pelaporan Pentaksiran Sekolah (PS)
c. Pelaporan Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PSJSK)
d. Pelaporan Psikometrik (PPsi)

Semakan Keputusan PT3 2019 Secara Online Dan SMS

Perkhidmatan semakan keputusan PT3 2019 secara atas talian (online) serta melalui sistem pesanan ringkas (SMS) tidak disediakan. Harap maklum

Ia berikutan tiada pengumuman secara berpusat, selepas pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 2019

Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan PT3 yang diperoleh boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan. Caj atau kadar bayaran yang dikenakan untuk permohonan penyemakan semula keputusan PT3 adalah sebanyak RM50.00 bagi satu mata pelajaran

  1. Permohonan penyemakan semula keputusan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan
  2. Borang boleh didapati dari sekolah, Sektor / Unit Penilaian dan Peperiksaan, JPN dan LP atau dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my
  3. Tarikh tutup permohonan penyemakan semula keputusan adalah 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan PT3

Keputusan penyemakan semula PT3 akan dikeluarkan serta dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua bulan dari tarikh permohonan calon

Pendidikan

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan