Semakan Keputusan STPM 2023 Semester 1 Online dan SMS

Pendidikan

Pendidikan

Calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Semester 1 (S1) dahulunya dikenali sebagai Penggal (P1) bagi tahun 2023 boleh membuat penyemakan keputusan masing-masing bermula pada 24 Mei 2023 bersamaan hari rabu

Sebagai makluman, terdapat dua kaedah semakan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) kepada calon iaitu semakan secara Online ataupun SMS untuk mendapatkan keputusan STPM Semester 1 (S1) tahun 2023

Berikut MYsumber sertakan maklumat penting berhubung dengan semakan keputusan peperiksaan Semester 1 STPM bagi tahun 2023.

Semakan Keputusan (Result) Semester 1 (S1) STPM 2023 Secara Online Dan SMS

Maklumat Pengumuman Dan Semakan Keputusan (Result) S1 STPM 2023 dikongsikan di bawah

Tarikh Semakan 

  • 24 Mei 2023 bermula jam 1000 pagi (Rabu)

Tarikh yang rasmi seperti pengumuman oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

Pautan Laman Sistem Aplikasi Semakan Keputusan S1 STPM 2023 Secara Online

Sistem semakan online bagi keputusan S1 STPM 2023 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta masa keputusan diumumkan

Sila masukkan No Kad Pengenalan dalam ruangan yang tersedia di laman sistem aplikasi semakan tersebut

Pada hari pertama semakan boleh dibuat, anda berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem semakan berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server. Anda dinasihatkan melayari laman sistem aplikasi semakan online berkenaan bukan di waktu puncak

Semakan Keputusan Semester 1 STPM 2023 Menggunakan Perkhidmatan mySMS

Semakan keputusan melalui pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut

Taip : STPM (jarak) RESULTS1 (jarak) No Kad Pengenalan Hantar Ke 15888

  • Contoh : STPM RESULTS1 960224136414 Dan Hantar Ke 15888

Pendidikan

Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan dan maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan http://www.mpm.edu.my

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan