Semakan Keputusan STPM 2023 Semester 2 Online dan SMS

Pendidikan

Pendidikan

Calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Penggal (P2) atau Semester 2 bagi tahun 2023 boleh membuat penyemakan keputusan masing-masing bermula tarikh yang dikongsikan di bawah.

Sebagai makluman, terdapat dua kaedah semakan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) kepada calon iaitu semakan secara atas talian (Online) ataupun sistem pesanan ringkas (SMS) bagi mengetahui keputusan Semester 2 (S2) STPM 2023

Semakan Keputusan (Result) Semester 2 (S2) STPM 2023 Secara Online Dan SMS

Berikut MYsumber sertakan maklumat penting berhubung dengan semakan keputusan peperiksaan Penggal/ Semester 2 STPM bagi tahun 2023

Tarikh Pengumuman Keputusan Dan Semakan

  • Semakan Dibuka : 2 November 2023
  • Semakan Ditutup : 9 November 2023

Semakan Secara Online

Sistem aplikasi semakan bagi keputusan Semester 2 STPM 2023 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh dan masa sepertimana telah ditetapkan

  1. Sila masukkan / lengkapkan No Kad Pengenalan dalam ruangan yang tersedia di laman sistem aplikasi semakan tersebut
  2. Pada hari pertama semakan boleh dibuat, calon berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem semakan berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server. Calon dinasihatkan melayari laman sistem aplikasi semakan online berkenaan bukan di waktu puncak

Semakan Secara SMS

Semakan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut

  • Taip : STPM (jarak) RESULTS2 (jarak) No Kad Pengenalan Hantar Ke 15888
  • Contoh : STPM RESULTS2 980224136414 Dan Hantar Ke 15888

semakan-keputusan-stpm-semester-2-2023

Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan dan maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan http://www.mpm.edu.my

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan