Keputusan undian kumpulan Piala Malaysia 2016

13:44 Redaksi Admin

Result Undian Piala Malaysia 2016

Undian bagi menempatkan 16 pasukan terbaik yang terdiri daripada 11 pasukan Liga Super dan 5 pasukan Liga Premier untuk menghadapi saingan kejohanan bola sepak Piala Malaysia 2016 juga edisi ke-90 akan diadakan pada hari Isnin, 23 Mei 2016

Kesemua 16 pasukan yang layak ke persaingan TM Piala Malaysia 2016 akan diundi serta dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C, D dan setiap kumpulan dihuni oleh empat pasukan

Pasukan Layak TM Piala Malaysia 2016

Format Kelayakan Pasukan TM Piala Malaysia Tahun 2016
11 pasukan teratas dari Liga Super layak secara automatik ke saingan Piala Malaysia 2016
5 pasukan teratas dari Liga Premier turut layak secara automatik ke saingan Piala Malaysia 2016
Tiada aksi kelayakan seperti tahun-tahun sebelumnya berikutan kedudukan 1-11 pasukan Liga Super dan kedudukan 1-5 pasukan Liga Premier sehingga perlawanan ke-11 Liga telah dinilai layak secara automatik ke saingan Piala Malaysia musim 2016

KEPUTUSAN UNDIAN PASUKAN DALAM KUMPULAN TM PIALA MALAYSIA 2016

Sebelum undian, 16 pasukan telah ditempatkan dalam 4 balang dan undian rasmi bagi menentukan kumpulan masing-masing akan dibuat pada 23 Mei 2016, Isnin bermula jam 10.30 mlm serta disiarkan secara siaran langsung di program Scoreboard TV9

Balang 1 Balang 2 Balang 3 Balang 4
Felda United Kedah Perak Kuala Lumpur
JDT Kelantan Sarawak JDT II
Selangor PDRM Pahang FC Negeri Sembilan
T-Team Terengganu Melaka PKNS FC

KEDUDUKAN PASUKAN SAINGAN TM PIALA MALAYSIA 2016 SELEPAS UNDIAN RASMI

Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D
T-Team Selangor JDT Felda United
Kedah Kelantan PDRM Terengganu
Sarawak Pahang FC Perak Melaka
JDT II Kuala Lumpur PKNS FC Negeri Sembilan
Info
Kedudukan rasmi pasukan dalam kumpulan masing-masing telah dilengkapkan dengan sempurna
Tunjuk LinkJadual Perlawanan Terkini Piala Malaysia 2016 Keputusan Dan Kedudukan Carta Kumpulan
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share