Tarikh Keputusan UPKK KAFA 2023 Diumumkan bulan Mac

Pendidikan

Pendidikan

Calon-calon yang telah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi sesi akademik 2022 boleh mendapatkan pernyataan keputusan UPKK 2022 masing-masing pada satu tarikh pada bulan Mac. Maklumat untuk sesi akademik 2023 akan dikemaskini

Ujian Penilaian Kelas KAFA atau lebih dikenali dengan UPKK merupakan peperiksaan yang dilaksanakan kepada murid KAFA sama ada yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM

Matlamat diadakan peperiksaan UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan dan hafazan serta dapat beramal dengan cara hidup Islam yang sebenar

UPKK tahun ini buat julung kali menggunakan modul penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) menggantikan peperiksaan bertulis meliputi lapan subjek dengan tempoh dipanjangkan dari 28 November hingga 1 Disember lalu ekoran isu kebimbangan penularan kes wabak Covid-19

Keputusan UPKK diterima bagi kemasukan tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan

Tarikh Dan Semakan Keputusan UPKK 2022 Secara Online Dan SMS

Mulai tahun 2018, pengumuman keputusan UPKK akan dibuat dalam tahun semasa dan semakan maklumat calon yang berdaftar juga boleh dibuat ibu bapa atau penjaga secara dalam talian.

Untuk makluman, berdasarkan semakan MYsumber terhadap tarikh keputusan UPKK dikeluarkan bagi tahun-tahun sebelumnya mendapati Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memilih satu tarikh pada hujung bulan Disember ataupun awal bulan Januari untuk mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun-tahun sebelumnya

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat lengkap berhubung dengan tarikh rasmi keputusan UPKK 2022 dikeluarkan serta cara untuk mendapatkan keputusan (result) UPKK 2022 secara manual (melalui sekolah) atau online (semakan dalam talian). Keputusan result UPKK 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Tarikh Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA 2022

  • Dibuka : 9 Mac 2023 (Hari Khamis) bermula pada jam yang akan dikemaskini
  • Ditutup : akan dikemaskini

Mekanisme Semakan Keputusan UPKK 2022

Semakan secara Online Result UPKK 2022 melalui sistem maklumat pendidikan islam simpeni

Semakan SMS melalui kad pengenalan

  • Taip: UPKK (jarak) No MYKID dan hantar SMS ke 15888
  • Taip: UPKK (jarak) No PengenalanKhas dan hantar SMS ke 15888

Contoh : UPKK 070212020105

Sistem aplikasi semakan keputusan UPKK bagi tahun 2022 hanya akan diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh dan masa seperti yang telah dinyatakan. Sila ikuti arahan dan dapatkan keterangan lanjut di laman Sistem Aplikasi semakan tersebut.

Pada hari pertama semakan boleh dibuat, anda berkemungkinan akan menghadapi gangguan capaian untuk mengakses laman sistem semakan berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server

Anda disarankan melayari laman sistem aplikasi semakan online berkenaan bukan di waktu puncak

semak upkk sms

Keputusan Penuh UPKK 2021

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff, keputusan tahun ini secara keseluruhan diterjemahkan dengan peratusan kelulusan sebanyak 95.37 peratus. Keputusan boleh disemak melalui laman web SIMPENI atau SMS dan slip keputusan rasmi hanya boleh dimuat turun pada tarikh dan tempoh masa yang ditetapkan.

Seramai 464,605 calon terbabit dalam penilaian ini yang menggabungkan murid Tahun Enam pada 2020 dan Tahun Lima pada 2021.  Pelaksanaan MPKAFA dilihat berjaya walaupun aktiviti pendidikan dan penilaian terpaksa dilakukan secara PdPR.

Kejayaan murid dalam mata pelajaran amali solat (97.4 peratus), penghayatan cara hidup Islam (PCHI) ( 96.06 peratus) dan al-Quran (96.89 peratus). Manakala, peratusan kelulusan mata pelajaran lain seperti ulum syariah (Akidah & Ibadah) (96.74 peratus), jawi dan khat (94.77 peratus), sirah (93.21 peratus), adab (Akhlak Islamiah) (96 peratus), lughatul Quran (91.91 peratus). Hakimah berkata, pencapaian itu sekali gus mencapai objektif penilaian ditetapkan dengan kejayaan pelajar menguasai ibadat solat, tilawah al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.

Mata Pelajaran Yang Dinilai

  1. Ulum Syariah (Aqidah & Ibadah)
  2. Pelajaran Jawi
  3. Sirah
  4. Adab (Akhlak Islamiah)
  5. Lughatul Quran (Bahasa Arab)
  6. Amali Solat
  7. Penghayatan Cara Hidup Islam
  8. Bidang Al-Quran

Penggredan adalah tertakluk kepada perubahan

  • A : Cemerlang 80 » 100
  • B : Baik 60 » 79
  • C : Memuaskan 40 » 59
  • D : Kurang Memuaskan 01 » 39

Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (MPKAFA) 2021

mpdul penilaian kafa

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan