hit counter
weblog mysumber

kes bunuh tiga beradik di kedah remaja 16 tahun direman

08:51 Redaksi Admin
Kes bunuh 3 tiga beradik di Kedah: Remaja 16 tahun direman

Susulan daripada kes kematian tiga beradik perempuan dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar Kedah, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun telah ditahan polis pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit

Remaja berkenaan dipercayai kenalan mangsa itu ditahan di rumahnya di Arau, Perlis kira-kira pukul 11.30 malam dan ditahan reman selama empat hari mulai hari pertama ditahan bagi membantu siasatan

terkini kes bunuh 3 beradik di kedahkes bunuh tiga beradik di kedah remaja 16 tahun direman

kes bunuh tiga beradik di kedah remaja 16 tahun direman

Menurut laporan setakat ini, polis sudah mengambil keterangan lebih 10 individu termasuk ahli keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam itu

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan juga meminta orang ramai supaya menghentikan spekulasi bahawa mangsa menjadi mangsa rogol seperti yang tersebar dalam laman sosial

Katanya, maklumat yang disalur polis kepada umum adalah hasil laporan perubatan oleh pakar forensik yang menyatakan tiada tanda mangsa dirogol

Walaupun kesemua mereka ditemui mati akibat lemas, namun pihak polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh

Informasi ini disiarkan pada 3.12.2013, Selasa