hit counter
weblog mysumber

kisah insiden polis kena tembak di kg simunul semporna

15:47 Redaksi Admin
Kisah insiden Polis kena tembak di Kg Simunul Semporna
kg sri jaya simunul semporna 1kisah insiden polis kena tembak di kg simunul semporna

Ketua Kampung Simunul,Ramli Saraman, 56, menunjukkan salah satu lokasi kejadian di mana enam anggota polis terbunuh akibat ditembak pengganas Sulu

Kampung Simunul Semporna mencatat sejarah hitam sejak pembukaannya pada 9 Mac 1939

Kejadian 2 Mac lepas, yang menyaksikan enam anggota pasukan keselamatan terkorban dalam insiden serangan hendap adalah yang pertama berlaku di kampung itu

Syukur alhamdulliah,Operasi Daulat yang dilancarkan berjaya direalisasikan dengan jayanya.Ekoran Ops Daulat itu saki-baki pengganas hampir ditumpaskan

Namun disebalik kejayaan memerangi pengganas,kejadian insiden tembak menembak yang berlaku di Kampung Seri Jaya, Simunul tetap meninggalkan kesan yang mendalam di hati rakyat Malaysia dek kerana perbuatan pengganas yang kejam itu

Merujuk kepada sebuah artikel yang dikongsikan di laman sosial Facebook,difahamkan anggota yang terselamat dalam insiden itu ditemuramah menceritakan detik-detik cemas kejadian terbabit dalam laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris

Bermulanya

cerita polis kena tembak di sempornakisah insiden polis kena tembak di kg simunul semporna

Antara tompokan darah milik salah seorang anggota polis yang terbunuh akibat ditembak pengganas Sulu pada kejadian 2 Mac lalu

Dua org anggota mengimbas kembali kejadian tembakan yg mengorbankan rakan2 mereka di Kampung Simunul pd 2 Mac 2013

Ketika penyerang utama pasukan polis di luar tempat persembunyian pengganas itu dihujani peluru, *Adam, *Amir dan anggota2 lain berundur kebelakang dan mencari perlindungan

Nampaknya musuh mempunyai kelebihan kawasan tembakan dan pasukan polis itu telah terdedah

Beberapa saat selepas pengganas melepaskan tembakan, kawasan persembunyian mereka menjadi berapi apabila semakin ramai pengganas yg melepaskan tembakan ke arah pasukan polis

Pasukan polis cuba melepaskan tembakan perlindungan bagi memberi peluang anggotanya mencari perlindungan segera

Ramai yg melompat masuk ke dalam rumah-rumah yg tidak berpintu di situ, yang tersusun di sepanjang laluan

Inilah tempat kurungan mereka buat 24 jam seterusnya, sekurang-kurangnya

Adam dan Amir adalah antara yg mencari perlindungan dlm bangunan berselirat itu. Mereka segera combat net (command centre) mereka dan meminta bantuan

Mengenang kembali saat itu, Adam berkata ketika dia bergerak menjauhi rumah tersebut, sambil memusingkan kepalanya sekali sekala, dia melihat pengganas keluar dari rumah itu untuk menarik masuk rakan-rakannya yang sedang terbaring dalam limpahan darah mereka sendiri, masuk ke dalam

Salah seorg anggota kami yang ditembak di pintu itu telah terjatuh ke dalam air semasa dia cuba berundur. Entah bagaimana, dia sempat menghubungi operations centre

Dia memberitahu pusat perintah tentang serang hendap itu dan dia telah ditembak.Pengganas2 itu pasti telah mendengar kata2nya Kami jumpa tubuhnya yg dipenuhi peluru beberapa meter dr tempat dia jatuh,kata Adam

Ini adalah satu-satunya saat sepanjang temuramah itu di mana Adam kelihatan sedikit beremosi

Kemudian tembakan itu berhenti. Saya berpusing ke belakang dan saat itulah saya nampak pengganas itu menghentam tubuh rakan2 saya dgn barong ( pisau yg menyerupai pisau pemotong daging, digunakan di Filipina) berulang kali
Mereka sudahpun cedera parah. Saya tak dengar sebarang bunyi dr mereka ketika mereka ditetak,” pegawai yg berusia tidak lebih 30 tahun itu bersuara. Suaranya semakin lama semakin perlahan, sehingga hampir tak kedengaran

Tembakan kembali bergema, kali ini dari segenap arah. *Musa, yg mengintai dr celah papan sambil sebelah matanya menjeling 4 pengganas yg ditahannya, bimbang mereka akan cuba melompat ke atasnya, hampir saja terkena 2 butir peluru yg memecahkan tingkap

Kurang dari seminit selepas tembakan pertama kedengaran, beberapa pengganas mula mendekati pasukan polis dan menembak dengan lebih tekanan

mayat pengganas sulu terkini 1kisah insiden polis kena tembak di kg simunul semporna

Mayat pengganas Sulu mati ditembak di Kg Simunul

Pengganas-pengganas itu nampaknya sangat mengenali kawasan itu kerana mereka dipercayai telah memasuki kawasan itu lebih kurang seminggu sebelum itu

Musa berkata, memandangkan ianya terlampau gelap di luar sana, dia tidak dapat menembak balas kerana takut tertembak rakannya sendiri

Dari di mana dia berada, dapat dia melihat kezaliman yg dilakukan ke atas rakan2nya yang gugur dalam rumah yg malap itu

Suaranya pecah saat dia memberitahu kami: ” kalaulah ada satu benda yg boleh saya padamkan dari ingatan saya, ianya adalah pemandangan saat rakan2 saya dizalimi oleh pengganas2”

” Saya melihat seorg dari saudara saya, yang telah ditembak dan sudah nazak, ketika salah seorg pengganas itu menghentak barongnya ke leher rakan saya itu

Dia kemudian ditembak di mulut ,” kata Musa , suaranya bergetar
Pada saat inilah Inspektor Mohd Hasnal, yg sedang melutut di atas laluan itu selepas tertembak, diserang pangganas dengan barong mereka

Walaupun dia tidak dapat membalas, Hasnal melindungi tubuhnya dengan lengannya

Pada ketika itu, jari dan lengan bawahnya sudah hampir putus. Penyerangnya juga sempat menetaknya di kepala dan belakang badan

*Ahmad, dari kedudukannya, melihat keselurah perkara yg berlaku, dan menembak ke arah penyerang Hasnal dengan senjatanya. Jarinya tidak henti menarik picu, kelonsong kosong berhamburan keluar tanpa henti

Dia juga sempat membunuh seorg lagi pengganas. Ahmad menghabiskan satu kelopak peluru ke atas penyerang Hasnal sebelum pengganas itu jatuh ke dalam bot di bawah rumah itu. Polis kemudian menemui tangkal pd pergelangan tangan pengganas itu

Dia dan pengganas2 yg lain tidak memakai sebarang body armour atau perlindungan ballistik

Pada ketika itu, Hasnal bangun dan mencari perlindungan. Nasibnya baik, dia memilih laluan yg menuju ke rumah dimana Ahmad berada. Melihatnya semakin hampir, Ahmad mengengsot ke laluan sempit itu dan menolak Hasnal ke dalam rumah dimana Musa berada.

Superintendent Ibrahim Lebar, yg telah ditembak beberapa meter dr situ, berada beberapa langkah di belakang Hasnal

Walaubagaimanapun, dia terserempak dengan seorg pengganas yg kebetulan melalui laluan itu. Pengganas itu menembak ke arahnya dan menyerangnya dengan sebilah barong

Ahmad, yg terdengar tembakan itu dr dalam rumah, menembak ke arah pengganas itu yg sempat melarikan diri. Ibrahim meninggal dunia di laluan itu

Melihat kekejaman pengganas2 Suluk itu, Ahmad bertekad menyelamatkan jenazah pegawainya itu. Dia mengheret Ibrahim ke dalam rumah

Malam semakin sepi

24 jam seterusnya adalah ibarat neraka bagi Musa dan anggota2 lain yg terperangkap di dalam rumah itu. Meski tembakan sudah berhenti, mereka terperangkap dalam kepungan dinding yg menjadi tempat perlindungan mereka itu

Mereka tidak pasti siapa yg boleh mereka percayai

Dengan satu tangan di senjata yg diacu ke arah 4 org suspek tersebut, sambil sebelah lagi cuba menahan darah yg mengalir dr luka Hasnal, mata Musa berlari di sekeliling rumah itu

Dia tidak tahu dari arah mana pengganas akan masuk dan menyerangnya. Mereka boleh masuk dari dapur atau tingkap terbuka yg dihadapnya. Dia berdoa agar pasukan penyelamat akan sampai segera

saya terpaksa kencing dalam seluar dan di atas sekeping kain, kerana kalau pengganas2 itu terdengar bunyi air menitik, matilah kami masa tu. Sesekali saya akan kejutkan Hasnal utk pastikan dia masih hidup

Musa telah menjumpai sebuah bekas yg mengandungi air yg digunakan oleh penghuni rumah itu utk menadah air hujan. Ianaya penuh dgn entah apa sampah dan juga tahi cicak. “Saya minum air tu dan bagi sedikit pd Hasnal. Air tu juga saya gunakan utk membasuh darah di mukanya”.

Katanya, bateri handphonennya dah lama mati dan dia terpaksa membuka bateri telefon Hasnal kerana dia tidak pasti bagaimana nak mematikannya

Dia tidak mahu pengganas2 itu menjejaki mereka. Keempat2 suspek itu sudah diperiksa sebelum serang hendap itu dan telefon bimbit mereka dirampas

Operasi Menyelamat

Bunyi laluan berkayu yg berkeriut itu pada pukul 5 pagi mengejutkan Musa yg keletihan

Ia diikuti bunyi tapak kaki yg berat. Dia mengintai dr celah retakan dan melihat sebilangan anggota komando VAT 69 berpakaian penuh memenuhi tempat itu. Dia mengmbil jaket pantulan cahaya yg telah disembunyikannya dan meletakkannya di tingkap, utk menunjukkan kedudukannya kpd penyelamat2 itu

Terdahulu, sebelum misi itu, keseluruhan pasukan telah bersetuju dgn isyarat2 tertentu yg akan digunakan bg memastikan komunikasi yg efisien.

Seperti dipersetujui semasa briefing di ibu pejabat, sekiranya ada sesuatu yg tidak kena, Musa akan berbaring dan diam. Ini akan membantu pasukan rakan mengenalinya sebagai anggota mereka

Para komando itu menyerbu rumah itu dan seperti prosedur, dia memberikan laporan ringkas. Mereka kemudian mengumpul dan mengambil semua senjata yg ada di situ, termasuk miliknya

Saya rasa mcm tahanan bila senjata saya dibawa pergi. Kemudian, mereka menjerit “Selamat!” dan berkata mereka akan pulang mendapatkan saya,katanya

Inspektor Hasnal segera dibawa pergi oleh 2 org komando keluar dr kawasan berbahaya itu. ” leganya saya bila Hasnal dibawa keluar dlm keadaan hidup”.

“Dia berjuang utk nyawanya..dan ia tidak sia2.”…

Penggunaan tanda * pada nama merujuk kepada bukan nama sebenar