hit counter
weblog mysumber

kisah kematian yasmin hunwick kemalangan di langkawi

04:14 Redaksi Admin
Kisah kematian Yasmin Hunwick kemalangan di Langkawi
gambar yasmin hunwickkisah kematian yasmin hunwick kemalangan di langkawi

Al-Fatihah untuk Yasmin Johan Eusoffe

Semasa artikel ini ditulis pemergian arwah Yasmin Hunwink sudah melebihi 100 hari meninggalkan kita.Namun kisah disebalik yang berlaku sungguh tragis dan pastinya dirasai lebih mendalam lagi terutamanya insan yang dekat dengan arwah

Tanggal 3 Jun 2012 telah berlaku tragedi tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah

Salah daripada mangsa adalah Yasmin Johan Eusoffe berdarah  kacukan Inggeris dan Melayu arwah lebih dikenali di internet sebagai Yasmin Hunwick

Kematian menjadi trending di twitter kerana sebelum daripada tragedi itu berlaku arwah sempat berkongsi cerita dengan menulis status berkaitan kehidupan di alam barzakh dan mimpi yang menakutkan menerusi akaun twitternya

Dalam pada itu arwah juga memuat-naik buku yang dibaca iaitu mengenai persiapan Menuju di Alam Barzakh

tanda sebelum kematian yasmin hunwickkisah kematian yasmin hunwick kemalangan di langkawi

Arwah juga menyatakan perasaan gembira dan teruja setelah membaca buku tersebut.Seolah-olah arwah sudah merasai petanda-tanda mengenai kematian

Antara mimpi yang di alami arwah turut dikongsikan bersama rakan-rakan untuk di jadikan iktibar bersama

mimpi yasmin hunwinkkisah kematian yasmin hunwick kemalangan di langkawi

“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya.” 
(Surah Al-A’raf: ayat 34)

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” 

Kematian arwah meninggalkan kita bersama mesej supaya kita tidak alpa dengan kehidupan duniawi

Oleh itu marilah kita bersama-sama sedekahkan surah Al-fatihah kepada arwah Yasmin Hunwick dan kawan-kawannya yang lain yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan golongan orang-orang yang beriman. Amin

Kepada kenalan terdekat arwah,untuk makluman anda blog Yasmin Hunwick di url http://www.misschronicz.blogspot.com masih lagi aktif.Kini keluarga,terutamanya ibu arwah menjadikan blog tersebut sebagai ruang untuk  melepaskan rindu terhadap puteri kesayangan mereka