hit counter
weblog mysumber

krisis di mesir 2013 keadaan pelajar malaysia selamat

06:06 Redaksi Admin
Krisis di Mesir 2013 : Keadaan pelajar Malaysia dilaporkan selamat

keadaan pelajar malaysia di mesirkrisis di mesir 2013 keadaan pelajar malaysia selamat

Keluarga bagi pelajar Malaysia yang berada di Mesir pastinya dalam kebimbangan ekoran berlaku pergolakan di negara Mesir disebabkan tindakan tentera menggulingkan Presiden Mesir pertama yang dipilih secara demokrasi setahun lalu, Mohammed Morsi

Menurut laporan Bernama, melaporkan seramai 9,101 pelajar Malaysia yang berada di Mesir selamat dan mereka tidak terlibat dengan pergolakan yang sedang berlaku di negara itu

Memetik kenyataan Kedutaan Malaysia di Kaherah yang disiarkan, turut memaklumkan kesemua pelajar berkenaan pada masa ini sedang menghadapi peperiksaan semester dan tinggal berdekatan dengan universiti masing-masing

Buat masa ini, keadaan di Mesir masih terkawal dan tiada sebarang laporan memaklumkan kejadian tidak diingini berlaku kepada pelajar Malaysia di Mesir,” katanya ketika dihubungi Bernama

Dalam pada itu, pihak kedutaan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa dan akan mengambil langkah keselamatan jika pergolakan di negara itu berterusan

Tambah laporan yang disiarkan, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah untuk maklumat lanjut dengan menghubungi (202) 37610013/19/68/73 atau Bilik Operasi Kedutaan Malaysia di talian 00-2-02-37610270 atau 02-37610013/02-37610068 sambungan 141 ataupun menerusi e-mel di [email protected]