hit counter
weblog mysumber

lafaz niat puasa sunat bulan rejab

01:39 Redaksi Admin
Cara lafaz niat puasa sunat bulan Rejab

Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh dalam kiraan Taqwim Hijrah. Bulan Rejab termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah

kelebihan bulan rejablafaz niat puasa sunat bulan rejab

Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud:”Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra’ dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam

Menurut penyataan sumber, di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah

Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab

Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : (“Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka)

Dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : ” Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal”, dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).”)

Niat puasa bulan Rejab adalah seperti berikut

Maksudnya : “Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta’ala”

Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga

Bersamalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata’ala