hit counter
weblog mysumber

lana nordin dituduh guna bomoh pikat johan asari

05:13 Redaksi Admin
Lana Nordin dituduh guna bomoh pikat Johan As’ari
lana nordin dan johan ask 2013 1lana nordin dituduh guna bomoh pikat johan asari

Johan dan Lana Nordin (ASK 2013)

Hubungan percintaan yang dibina oleh pasangan ini selepas tiga hari dan seterusnya akan melangkah ke gerbang perkahwinan masih menimbulkan kesangsian peminat mereka

Malah bertebaran komen-komen kurang enak yang dilemparkan peminat di laman media sosial, lebih teruk lagi ada yang ¬†mengaitkan Lana Nordin dengan “bomoh” apabila mendakwa Lana menggunakan “ilmu hitam”¬†untuk memikat Johan As’ari yang jauh lebih muda daripadanya

Lana, atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin yang berusia 33 tahun itu terkejut apabila dituduh sebegitu kerana dirinya bukanlah seorang pengamal ilmu hitam sebaliknya menyifatkan lamaran Johan (27 tahun) adalah jodoh yang ditentukan Allah S.W.T

Mengulas mengenai cemuhan yang dilemparkan terhadap Lana apabila dia menjalin hubungan cinta dengan Johan menerusi media sosial, Lana menganggap itu sebagai perkara biasa

Menurut laporan sebuah portal hiburan, Lana turut menegaskan dia bukan seorang perampas dan menjelaskan yang dia meneruskan hubungan cinta dengan Johan selepas Johan menyatakan serta membuktikan sendiri yang dia tidak mempunyai hubungan dengan sesiapa

lana nordin dan johan ask 2013 terkinilana nordin dituduh guna bomoh pikat johan asari

Lana Nordin dituduh guna bomoh pikat Johan As’ari

Kisah Lana Nordin dan Johan As’ari menjadi bualan ramai, apabila sebuah akhbar pada Khamis lalu melaporkan Johan telah melamar Lana untuk dijadikan sebagai isterinya selepas tiga hari berjumpa

Perasaan cinta itu berputik ketika mereka menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 lalu dan tiga hari kemudian, Johan terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan Lana

Informasi ini disiarkan pada 2.12.2013, Isnin