hit counter
weblog mysumber

laporan banjir di pahang 4 disember 2013 dan gambar

13:15 Redaksi Admin
Info terkini banjir di Pahang pada 4 Disember 2013 dan gambar

Fenomena hujan lebat yang berterusan selama tiga hari bermula 1 Disember (Ahad) hingga lewat petang semalam (Selasa) menyebabkan hampir keseluruhan daerah Kuantan dan empat daerah lain, Pekan, Maran, Rompin dan Jerantut dilanda banjir

gambar banjir di kuantan pahang 2laporan banjir di pahang 4 disember 2013 dan gambar

gambar banjir buruk di pahang disember 2013laporan banjir di pahang 4 disember 2013 dan gambar

Kesan daripada bencana banjir yang melanda makin ketara pada Rabu di kawasan terjejas, terutamanya di bandar Kuantan, aktiviti harian terbatas dan lumpuh apabila sebahagian besar kawasan terputus bekalan elektrik dan air malah talian telefon juga dilaporkan tidak stabil

Sementara itu kebanyakan kedai ditutup malah banyak juga kenderaan terperangkap di atas jalan raya ekoran banjir manakala laluan masuk ke bandar juga terpaksa ditutup kepada kenderaan kerana berbahaya untuk dilalui

Dalam perkembangan sama kawasan yang dilaporkan terjejas teruk buat masa  ini adalah sekitar Paya Besar, Bukit Rangin dan Sungai Isap dengan paras air melebihi satu meter

Banjir semakin buruk apabila air mulai naik kira-kira 7 pagi tadi menyebabkan rumah yang terletak di kawasan rendah ditenggelami air

banjir jalan raya kuantan pahang 2013laporan banjir di pahang 4 disember 2013 dan gambar

gambar banjir buruk di pahang disember 2013 2laporan banjir di pahang 4 disember 2013 dan gambar

gambar terbaru banjir di pahanglaporan banjir di pahang 4 disember 2013 dan gambar

Laporan banjir di Pahang 4 Disember 2013 dan gambar di Kuantan

gambar banjir di kuantan pahang 3laporan banjir di pahang 4 disember 2013 dan gambar

gambar terbaru banjir di pahang disember 2013laporan banjir di pahang 4 disember 2013 dan gambar

gambar terbaru banjir di pahang disember 2013 1laporan banjir di pahang 4 disember 2013 dan gambar

gambar banjir di sg isap pahanglaporan banjir di pahang 4 disember 2013 dan gambar

gambar banjir buruk di pahang disember 2013 1laporan banjir di pahang 4 disember 2013 dan gambar

kucing mangsa banjir kuantan pahang disember 2013laporan banjir di pahang 4 disember 2013 dan gambar

Berikut adalah statistik jumlah keseluruhan mangsa banjir membabitkan kawasan terjejas di daerah Maran, Pekan, Rompin dan Kuantan menurut portal bencana majlis keselamatan negara setakat jam 5 petang Rabu

Bilangan mangsaBilangan keluargaPusat pemindahan aktifKematian
192154408690

Menerusi Facebook PDRM Pahang pada Rabu, turut memaklumkan senarai jalan yang terlibat dengan banjir disamping menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga, berhati-hati dan bersedia sebarang kemungkinan dan mengikuti arahan pihak berkuasa untuk berpindah sekiranya di minta berbuat demikian

Berikut adalah senarai jalan terlibat banjir pada Rabu dan info berkaitan

Jalan ditutup untuk kenderaan kecil & ringan

Persimpangan hadapan Wisma Belia di bawah jejambat Kuantan Bypass
Jalan Sg. Lembing – Kolej Profesional Mara
Depan DMMC Kempadang
Jalan Kuantan – Kemaman (TLDM)
Jalan Balok ke Pelabuhan di trafik light
KM 21, Jalan Kuantan – Kemaman ke Pelabuhan berhampiran Kg. Ngamuk
KM22 Jalan Kuantan – Bukit Setongkol
Di hadapan Sek. Men Sg. Soi

KM28, Jalan Sg. Lembing-Sg. Charu
Jalan Sg. Ular flyover ke Kuantan
Jalan Permatang Badak ke Kuantan (Tanah Putih)
Jalan Kuantan Bypas – Pelabuhan
Jalan Kuantan – Bukit Sagu
KM8, Jalan Kuantan – Beserah (jambatan runtuh)
KM16, Jalan Kg. Riau

Jalan Gambang – Maran di Bukit Gambang Resort
Bt. 3, Jalam Kuantan – Gambang berhampiran Giant
Di trafik light Bukit Rangin
Persimpangan trafik light hadapan Shah Putra
Jalan Cherating – Kemaman berhampiran Chendor
Jalan Sg. Lembing – Kolej Profesional Mara ( laluan untuk kenderaan berat sahaja)

Jalan terlibat banjir sekitar daerah Pekan

1. Batu 6, Jalan Pekan / Nenasi (air melimpah di atas jalan tetapi masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan)

2. KM16, Jalan Pekan/Nenasi/Rompin (ditutup untuk semua kenderaan ringan)

3. KM72, Jalan Pekan – Segamat (ditutup untuk semua jenis kenderaan / jambatan runtuh)

4. Km3, jalan Sri Makmur – Pelak (ditutup untuk semua jenis kenderaan)

Untuk maklumat lanjut, info terkini atau pertanyaan layari Facebook rasmi Polis kontijen Pahang, klik butang Facebook rasmi PDRM Pahang

Informasi ini disiarkan pada 4.12.2013, Rabu