lirik lagu adamu najwa latif

Buat peminat si gadis youtube,Najwa Latif.Bersempena Ramadhan ini beliau telah melancarkan single terbaru berjudul AdaMu.Lirik lagu adamu ini hasil nukilan daripada kakaknya Ika Latif
Difahamkan lagu ini hadiah khas buat peminatnya yang merindui kemunculan beliau khalayak ramai kerana berehat daripada aktiviti seni serta sedang membuat persiapaan untuk peperiksaan SPM akan dihadapinya nanti
Maklumat lanjut berkaitan single terbaru ini boleh melayari facebook rasmi http://www.facebook.com/OfficialNajwaLatif atau http://www.twitter.com/NjwaLatif
Lirik Lagu Adamu Najwa Latif
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu