lirik lagu mati hidup kembali monoloque ost chow kit

Lagu mati hidup kembali adalah lagu tema yang menghiasi filem ChowKit yang bakal menemui penonton di pawagam yang berdekatan pada 3 Mei 2012
Mengenai filem Chow Kit,ianya dibarisi pelakon utama antaranya Dira Abu Zahar, Beto Kusyairi dan Lana Nordin
Dalam pada itu filem ini mengisahkan sekumpulan anak-anak jalanan yang terpaksa mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di Chow Kit
Apabila konflik bermula, mereka perlu bersatu untuk mencari keadilan dan jalan penyelesaian jikalau tidak, banyak lagi nyawa yang akan terkorban dek konflik yang melanda
Lirik Lagu Mati Hidup Kembali – Ost Chow Kit
Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi
Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa
Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya
Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan