Live streaming keputusan JDT vs Kaya FC 25.5.2016

13:22 Redaksi Admin

Keputusan Live JDT Kaya FC 25 Mei 2016

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan cabaran kempen Piala AFC musim 2016 bagi peringkat saingan kalah mati 16 pasukan terbaik dengan berdepan pasukan kelab dari Filipina iaitu Kaya FC dalam perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, 25 Mei 2016

Perlawanan menentang kelab Kaya FC penting buat pasukan JDT selaku juara bertahan dan semestinya perlu melakar kemenangan untuk mara ke saingan peringkat seterusnya kerana JDT perlu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu

Dengan prestasi memberangsangkan pasukan JDT setakat ini, sama ada dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala AFC, sudah tentu skuad kendalian jurulatih Mario Gomez itu mahu meneruskan momentum tersebut dengan memberikan aksi terbaik pada perlawanan ini untuk meraih kemenangan

Perlawanan ini juga disifatkan “Misi Hidup Mati” bagi kedua-dua pasukan berikutan pasukan yang kalah pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik kalah mati akan tersingkir dari saingan Piala AFC 2016

Johor DT layak ke pusingan pusingan 16 pasukan terbaik selepas muncul juara kumpulan H manakala Kaya FC layak sebagai naib juara kumpulan F

Keputusan Terkini JDT Vs Kaya FC 25.5.2016 Piala AFC
Perlawanan di antara pasukan JDT menentang Kaya FC akan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin bermula pada jam 8.45 Malam, Rabu
Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik (kalah mati) Piala AFC 2016 melibatkan pasukan JDT lawan Kaya FC dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh
JDT 7 – 2 Kaya FC
penjaring gol14′penjaring gol53′penjaring gol70′ Lucero
pk goal23′ Diaz
penjaring gol32′penjaring gol39′ Azamuddin Akil
penjaring gol68′ Mahali Jasuli
Tamat Masa Penuh penjaring gol51′ OJ Porteria
penjaring gol87′ Anton Ugarte
JDT Layak Ke Suku Akhir Piala AFC 2016
Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) layak ke pusingan suku akhir Piala AFC 2016 selepas menewaskan wakil Filipina, Kaya FC 7-2

VIDEO GOL DAN RANGKUMAN PERLAWANAN JDT VS KAYA FC AKSI PIALA AFC 2016

Link BerkaitanPautan Info
Tunjuk LinkJadual Penuh Pasukan JDT Piala AFC 2016
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share