Live streaming keputusan Kelantan vs Yala United FC 19.1.2016

08:19 Redaksi Admin

Live Keputusan Kelantan Vs Yala United FC 19 Januari 2016

Pasukan Kelantan (The Red Warriors) melayan kunjungan pasukan kelab dari Thailand, Yala United FC untuk bagi aksi perlawanan persahabatan pra-musim

Perlawanan melibatkan Kelantan menentang Yala United FC akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada hari Selasa 19 Januari 2016 bermula jam 8.45 malam

Perlawanan persahabatan pra musim ini pastinya akan memberi peluang kepada jurulatih baharu Kelantan, K. Devan membuat perancangan untuk memilih pemain kesebelasan utama selain menampilkan keserasian dan kombinasi pemain yang terbaik bagi menghadapi saingan Liga Super Malaysia musim 2016 yang bakal membuka tirainya pertengahan bulan Februari ini

Keputusan Terkini Kelantan Vs Yala United FC FC 19.1.2016
Berikut adalah keputusan perlawanan Kelantan lawan Yala United FC yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh
Kelantan 3 – 1 Yala United FC
penjaring gol3′ Jonathan McKain
penjaring gol26′ Saheed Fabiyi
penjaring gol86′ Valci Junior
Tamat Masa Penuh penjaring gol90′ Abdul Safee (Yala)
Tiada Siaran Langsung Kelantan Vs Yala United FC 19 Januari 2016
Perlawanan Kelantan menentang Yala FC tidak disiarkan secara langsung oleh mana-mana stesen penyiaran tempatan dan tontonan secara live streaming di internet juga tidak disediakan

VIDEO GOL KELANTAN VS YALA UNITED FC AKSI PERSAHABATAN

Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share