Live streaming keputusan Malaysia vs Myanmar 28.5.2016

10:37 Redaksi Admin

Keputusan Live Myanmar Malaysia 28 Mei 2016

Skuad Harimau Malaysia bertandang ke Myanmar bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A yang dijadualkan untuk kedua-dua pasukan pada hari Sabtu, 28 Mei 2016

Perlawanan persahabatan menentang Myanmar adalah sebagai persiapan pasukan Malaysia bagi mencari kombinasi terbaik dan keserasian pemain untuk menghadapi aksi playoff kempen Kelayakan Piala Asia 2019 yang dijadualkan pada awal bulan Jun ini

Pertemuan menentang ­Myanmar dianggap penting sebagai persiapan menghadapi Timor Leste selain daripada mencari kemenangan bagi memperbaiki kedudukan pasukan Malaysia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA)

Keputusan Terkini Malaysia Vs Myanmar 28.5.2016 Persahabatan
Perlawanan persahabatan “A” di antara pasukan Malaysia menentang Myanmar berlangsung di Stadium Thuwunna, Yangon bermula pada jam 7.30 malam, Sabtu mengikut waktu di Malaysia
Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan persahabatan (friendly) melibatkan pasukan Malaysia lawan Myanmar dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh
Myanmar 0 – 0 Malaysia
 Tamat Masa Penuh
Myanmar Dan Malaysia Seri 0-0
Pasukan Myanmar dan Malaysia sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa kelas “A” yang berlangsung di Stadium Thuwunna, Yangon

VIDEO RANGKUMAN PERLAWANAN MALAYSIA VS MYANMAR AKSI PERSAHABATAN 2016

Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share