hit counter
weblog mysumber

maklumat terkini masalah jerebu di malaysia jun 2013

14:57 Redaksi Admin
Maklumat terkini masalah jerebu di Malaysia sepanjang bulan June 2013

Masalah jerebu yang melanda Malaysia pada Jun 2013 telah membuatkan sesetengah kawasan mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, yang dianggap tidak sihat

Sesetengah kawasan di negeri Johor, Melaka dan Selangor adalah antara yang mengalami nilai status IPU melebihi 100

Pihak yang terlibat, telah mengeluarkan satu nasihat umum untuk orang ramai, terutamanya mereka yang mempunyai masalah pernafasan supaya mengelakkan aktiviti luar

laporan jerebu 2013maklumat terkini masalah jerebu di malaysia jun 2013

Jerebu di Malaysia

Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos

Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di daratan, oleh itu jerebu jarang kelihatan

Selain itu, negara jiran Singapura turut dilanda jerebuĀ tebal yang memenuhi ruang udara negara itu ekoran kesan kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia

Maklumat semasa dan terkini indeks pencemaran udara Malaysia (APIMS)

Orang ramai boleh mengikut laporan mengenai bacaan indeks jerebu dikawasan yang terjejas dengan melayari laman sesawang rasmi Jabatan Alam sekitar, klik pada pautan urlĀ http://www.doe.gov.my/webportal

Laporan mengenai status yang berkaitan dikemaskini dari masa ke semasa dalam laman sesawang itu untuk maklumat orang ramai