Harga minyak bulan Mac 2017 Petrol RON95 RON97 Diesel

13:31 Redaksi Admin

Harga Minyak Petrol Malaysia RON95 RON97 Diesel Jadual Bulan Terkini

Hari terakhir setiap bulan kini sudah menjadi tarikh penting buat pengguna di mana pada tarikh itu masing-masing mahu mengetahui harga runcit bagi Petrol RON95, RON97 dan Diesel untuk bulan baharu

Bermula bulan Julai tahun 2015, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak lagi mengeluarkan apa-apa pemberitahuan mengenai perubahan harga bahan api kepada orang ramai (pengguna) seperti kebiasaannya

Sebagai makluman, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menetapkan harga Petrol RON95 dan Diesel adalah berdasarkan sistem apungan terurus berikutan penghapusan subsidi bahan api

Penetapan harga runcit RON95 dan Diesel (harga di pam stesen minyak) kini bergantung sepenuhnya kepada apungan terurus atau terkawal melalui harga purata bulanan pasaran minyak dunia sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97

Sehubungan dengan itu, sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, maka penetapan harga runcit bagi bahan api tersebut di pasaran Malaysia turut meningkat dan begitu juga sebaliknya
Pengiraan adalah berdasarkan harga purata bulan sebelumnya dan akan menjadi harga untuk bulan terbaharu. Purata maksudnya harga dari awal bulan hingga hujung bulan dibahagi dengan jumlah hari yang ada dalam setiap bulan
Selain harga semasa minyak dunia, faktor yang diambil kira dalam menentukan harga bahan api ialah pergerakan ringgit berbanding dolar AS, dengan pengukuhan ringgit berbanding dolar akan membantu menurunkan harga minyak. Jika nilai ringgit berterusan menyusut maka ia akan memberi kesan peningkatan kepada penetapan harga bahan api di Malaysia
Pemakluman Harga Minyak Petrol RON95, RON97 Dan Diesel
KPDNKK hanya akan memberitahu harga runcit baharu bulanan bagi RON95, RON97 dan Diesel kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia atau peruncit pada hari terakhir setiap bulan
Kemaskini Harga Minyak Petrol RON95, RON97 Dan Diesel
Untuk makluman bersama berhubung dengan perkara ini, MYsumber akan melengkapkan jadual harga minyak dibawah bagi bulan Mac (3) tahun 2017 selepas mendapat pemakluman harga rasmi pada hari terakhir 28 Februari 2017 (Selasa), sekitar jam 7:30 atau 8:00 malam

JADUAL DAN SENARAI HARGA MINYAK BULANAN RON95 RON97 DIESEL DI MALAYSIA TAHUN 2017

Berikut ialah jadual rasmi harga runcit bulanan bagi Petrol RON 95, RON 97 dan minyak Diesel di seluruh stesen minyak di Malaysia anjuran tahun 2017
Bulan (2017) RON95 Price LatestRON95 (Seliter) RON97 Price LatestRON97 (Seliter) Diesel Price LatestDiesel (Seliter)
Mac RM MYR Ringgit Malaysia? RM MYR Ringgit Malaysia? RM MYR Ringgit Malaysia?
Februari RM MYR Ringgit Malaysia2.30 RM MYR Ringgit Malaysia2.60 RM MYR Ringgit Malaysia2.15
Januari RM MYR Ringgit Malaysia2.10 RM MYR Ringgit Malaysia2.40 RM MYR Ringgit Malaysia2.05
Negeri Malaysia1L SeliterHarga Minyak Bulan March 2017
RON95 Price LatestRON95

RM MYR?
Harga Kekal(+-)
Perbandingan Februari 2017
RON97 Price LatestRON97

RM MYR?
Harga Kekal(+-)
Perbandingan Februari 2017
Diesel Price LatestDIESEL

RM MYR?
Harga Kekal(+-)
Perbandingan Februari 2017
Info Rasmi Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Bulan Mac 2017
InfoUpdate Kemaskini
Butiran jadual bagi harga runcit Petrol RON95, RON97 dan Diesel untuk bulan Mac (3) 2017 hanya akan dilengkapkan selepas MYsumber mendapat pemakluman daripada sumber rasmi
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share