Semakan Keputusan Tawaran MRSM 2024 Tingkatan 1 dan 4

Sekolah

Sekolah

Calon-calon pelajar yang telah membuat application ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains MARA bagi intake tahun 2024 juga buat para ibu bapa, berikut adalah maklumat berkaitan semakan status keputusan dan tawaran mrsm tawaran form 1 & 4.

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sekolah berasrama penuh yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia

Maktab Rendah Sains MARA telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan

MRSM merupakan salah satu sekolah berasrama yang menjadi pilihan pelajar dan ibu bapa kerana menyediakan pembelajaran yang kondusif dan kebanyakan pelajarnya adalah cemerlang.

Semakan Keputusan Dan Tawaran MRSM Tingkatan 1 Dan 4 Tahun 2024 Secara Online Dan SMS

INFO TERKINI: Tarikh UKKM serta ujian khas Ulul Albab, IGCSE, Teknikal bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun 2024 adalah seperti infografik di bawah

semakan-ujian-kemasukan-mrsm-ukkm-2024

Berikut adalah ruangan kemaskini maklumat terkini berhubung dengan tarikh keputusan dan tawaran MRSM Tingkatan 1 dan 4 bagi tahun 2024 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Sekolah

Tarikh Semakan Tawaran Dan Rayuan Tingkatan 1

Berikut adalah tarikh rasmi semakan tawaran serta rayuan bagi Tingkatan 1 ke MRSM:

  • Dibuka : 18 Januari 2024 (8 malam)
  • Ditutup : 25 Januari 2024

Cara Semak Tawaran Tingkatan 1 MRSM

Untuk membuat semakan dan e-Rayuan, sila layari pautan portal rasmi mara yang disediakan di bawah:

  • Sistem Aplikasi : Semakan Tawaran Dan Rayuan MRSM 2024 Tingkatan 1
  • Semakan SMS : Taipkan: MARA (jarak) MRSM (jarak) ANGKA GILIRAN hantar SMS ke 15888
    Nota: Pelajar yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)
  • Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari judul pautan sistem aplikasi semakan tawaran di atas
  • Sila sahkan penerimaan / penolakan dalam tempoh ditetapkan. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dalam tempoh tujuh (7) hari dianggap menolak tawaran ini.
  • Calon yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan dianggap MENOLAK TAWARAN MRSM
    *Calon tidak berjaya boleh buat rayuan online. Hanya rayuan online sahaja yang akan dipertimbangkan untuk intake seterusnya jika ada kekosongan.

Tarikh registration pelajar adalah pada tarikh yang akan dikemaskini. Sebarang maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) www.mara.gov.my

Semakan Tawaran Menduduki Ujian Kecenderungan MRSM (UKKM) Tingkatan 1 2024

Semakan panggilan untuk menduduki Ujian Kecenderungan Memasuki MRSM (UKKM) serta Ujian Khas ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab bagi Tingkatan 1 boleh dibuat pada tarikh dinyatakan di bawah. Maklumat berkaitan adalah seperti berikut:

Tarikh Semakan Panggilan UKKM MRSM Tingkatan 1

Berikut adalah tarikh semakan panggilan untuk menduduki UKKM bagi tingkatan 1:

  • Buka : 27 Oktober 2023 
  • Tutup : 22 Disember 2023

Cara Semak Panggilan Menduduki UKKM Tingkatan 1

Semakan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:

Tarikh Semakan Panggilan Ujian Khas MRSM Ulul Albab Tingkatan 1

Tarikh semakan panggilan untuk menduduki Ujian Khas MRSM Ulul Albab untuk tingkatan 1 adalah seperti di bawah:

 

Sekolah

Tarikh Semakan Tawaran & Rayuan Tingkatan 4

Berikut disediakan tarikh rasmi semakan tawaran serta rayuan ambilan Tingkatan 4 ke MRSM:

  • Dibuka : 18 Januari 2024 (8.00 malam)
  • Ditutup : 25 Januari 2024

Cara Semak Tawaran MRSM Tingkatan 4

Bagi melakukan semakan dan e-Rayuan, sila layari pautan yang disediakan di bawah:

  • Sistem Aplikasi : Semakan Tawaran Dan Rayuan MRSM 2024 Tingkatan 4
  • Semakan SMS : Taipkan: MARA (jarak) MRSM (jarak) ANGKA GILIRAN hantar SMS ke 15888
    Nota: Pelajar yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan (SMS) sistem pesanan ringkas sms
  • Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari judul pautan sistem aplikasi semakan tawaran di atas
  • Bagi calon yang tidak berjaya dan ingin membuat  rayuan juga boleh melakukannya di sistem aplikasi yang sama
  • Sila sahkan penerimaan / penolakan dalam tempoh tujuh (7) hari. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini
  • Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada tarikh yang akan dikemaskini

Semakan Tawaran Menduduki Ujian Kecenderungan MRSM (UKKM) Tingkatan 4 Tahun 2024

Semakan panggilan untuk menduduki Ujian Kecenderungan Memasuki Maktab Rendah Sains MARA (UKKM) bagi Tingkatan 4 telah dibuka. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan:

Tarikh Semakan Panggilan UKKM MRSM Tingkatan 4

Berikut merupakan tarikh semakan panggilan bagi menduduki UKKM untuk tingkatan tingkatan 4 2024:

  • Buka : 27 Oktober 2023
  • Tutup : 22 Disember 2023

Cara Semak Panggilan Menduduki UKKM Tingkatan 4

Berikut adalah pautan bagi membuat semakan secara dalam talian:

Maklumat Lanjut Tarikh Pendaftaran, Rayuan & Semakan Keputusan Rayuan MRSM 2023

Berikut adalah tarikh pendaftaran dan persekolahan pelajar MRSM bagi tahun 2021 sebagai rujukan. Bagi sesi 2024 akan dikemaskini:

Sekolah

Rayuan MRSM MARA 2024 Tingkatan 1 dan 4

Bagi calon yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan juga boleh melakukannya melalui aplikasi semakan yang sama untuk ambilan tahun 2023. Maklumat bagi ambilan 2024 akan dikemaskini. Calon perlu menulis rayuan di dalam ruangan Nota dan klik Hantar. Pastikan rayuan dibuat dengan baik dan cetak rayuan sebagai rekod.

Sekiranya tiada butang pautan rayuan selepas membuat semakan status keputusan, calon tidak melepasi syarat kelayakan minima keputusan Ujian UKKM atau ibu bapa calon tersenarai dalam senarai hitam MARA sebagai peminjam atau penjamin.

Sebelum ini, pelajar boleh berusaha dan cuba menulis surat rasmi (rayuan bertulis) kepada pihak Bahagian Pendidikan Menengah MARA. Boleh rujuk panduan:

Keputusan rayuan masih tertakluk kepada merit yang dicapai oleh pelajar dan kekosongan tempat yang ada selepas proses pendaftaran pelajar baharu nanti. Untuk maklumat lanjut adalah sewajarnya dengan menghubungi pihak Bahagian Pendidikan Menengah MARA

Semakan Keputusan Rayuan MRSM MARA 2022 Tingkatan 1 dan 4 -Calon akan dimaklumkan melalui SMS atau emel yang didaftarkan. Jika tiada sebarang makluman selepas 31 Mei 2022, rayuan dianggap tidak berjaya. Maklumat bagi tahun kemasukan 2024 akan dikemaskini.

Keputusan Rayuan KEDUA Ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2022 boleh disemak bermula bulan April hingga 31 Mei 2022

Pelajar yang berjaya akan menerima makluman. Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan semakan yang sama. Sila sahkan penerimaan/penolakan selewat-lewatnya pada tarikh yang telah ditetapkan. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) www.mara.gov.my atau rujuk:

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan