hit counter
weblog mysumber

panduan dan cara pangkah kertas undi pru 13

14:24 Redaksi Admin
Panduan dan cara pangkah kertas undi PRU13 – Pilihan Raya Umum 2013

Berikut adalah 7 langkah mudah untuk melaksanakan tanggung jawab selaku pengundi pada hari Pilihan Raya Umum yang berlangsung pada 5 Mei 2013

Mungkin ia berguna untuk  individu yang pertama kalinya yang keluar mengundi nanti

Sebelum itu sebaiknya anda mengetahui terlebih dulu dimana lokasi untuk anda mengundi dengan membuat semakan klik Semakan SPR pusat untuk mengundi

cara nak pangkah undipanduan dan cara pangkah kertas undi pru 13

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk

2. Serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari

3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih

Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga

5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen

7. Keluar segera dari tempat Mengundi

Ucapkan Tahniah kepada diri anda sendiri kerana telah berjaya melalui proses pengundian. Anda telah melaksanakan tanggungjawab anda dengan baik

Video cara nak buang undi di PRU 13